Suruhanjaya Singapura meriahkan Aidilfitri

Suruhanjaya Singapura meriahkan Aidilfitri

Oleh Salawati Haji Yahya & Siti Nur Wasimah S.

Gambar oleh Siti Nur Wasimah S.

BANDAR SERI BEGAWAN, 22 Julai – Majlis Rumah Terbuka Suruhanjaya Tinggi Republik Singapura ke Negara Brunei Darussalam berlangsung dengan penuh kemeriahan di Royal Berkshire Hall hari ini.

Antara tetamu yang hadir pada Majlis Rumah Terbuka Singapura sempena Hari Raya Aidilfitri itu ialah Menteri Kebudayaan, Belia dan Sukan, Yang Berhormat Pehin Orang Kaya Pekerma Laila Diraja Dato Seri Setia Haji Hazair bin Abdullah, Timbalannya Datin Paduka Hajah Adina binti Othman dan Timbalan Menteri di Jabatan Perdana Menteri, Dato Paduka Haji Abdul Wahab bin Juned bersama para pembesar negara, diplomat asing ke negara ini dan tetamu khas yang lain.

Turut menghadiri majlis tersebut ialah Pengurus Besar Brunei Press Sdn Bhd, Reggie See.

Yang Berhormat Pehin Haji Hazair menyaksikan pameran sempena 50 tahun hubungan Brunei-Singapura di Majlis Rumah Terbuka Suruhanjaya Tinggi Republik Singapura, kelmarin.
Yang Berhormat Pehin Haji Hazair menyaksikan pameran sempena 50 tahun hubungan Brunei-Singapura di Majlis Rumah Terbuka Suruhanjaya Tinggi Republik Singapura, kelmarin.
Dato Paduka Awang Haji Abdul Wahab (tengah) beramah mesra bersama Tuan Yang Terutama Masagos Zulkifli (kanan) dan Tuan Yang Terutama Desmond Lee Ti-Seng (kiri).
Dato Paduka Awang Haji Abdul Wahab (tengah) beramah mesra bersama Tuan Yang Terutama Masagos Zulkifli (kanan) dan Tuan Yang Terutama Desmond Lee Ti-Seng (kiri).

p03-3_20150723

Pesuruhjaya Tinggi Republik Singapura ke Negara Brunei Darussalam, Tuan Yang Terutama Jaya Ratnam semasa beramah mesra bersama jemputan yang hadir.
Pesuruhjaya Tinggi Republik Singapura ke Negara Brunei Darussalam, Tuan Yang Terutama Jaya Ratnam semasa beramah mesra bersama jemputan yang hadir.
Datin Paduka Hajah Adina bersama Reggie See (kanan) menyaksikan pameran hubungan 50 tahun antara Negara Brunei Darussalam dan Singapura.
Datin Paduka Hajah Adina bersama Reggie See (kanan) menyaksikan pameran hubungan 50 tahun antara Negara Brunei Darussalam dan Singapura.

p03-6_20150723

Antara para jemputan yang hadir di majlis itu kelmarin.
Antara para jemputan yang hadir di majlis itu kelmarin.

Majlis Rumah Terbuka Republik Singapura itu diselajurkan dengan meraikan Hari Kebangsaan Singapura ke-50 tahun dan mengalu-alukan kunjungan Menteri di Pejabat Perdana Menteri, Menteri Kedua Hal Ehwal Dalam Negeri dan Menteri Kedua Hal Ehwal Luar Singapura, Tuan Yang Terutama Masagos Zulkifli bin Masagos Mohamad dan isteri, Jumelah Ja’afar.

Para tetamu yang hadir di rumah terbuka itu juga dijamu dengan hidangan yang memperlihatkan keunikan Negara Brunei Darussalam.

Di samping itu juga, Majlis Rumah Terbuka Singapura pagi tadi dimeriahkan lagi dengan pameran-pameran yang memaparkan pencapaian, sejarah-sejarah hubungan dan perkembangan hubungan diplomatik dan dua hala di antara Negara Brunei Darussalam dan Republik Singapura.

ARTIKEL YANG SAMA