Suruhanjaya Tinggi Pakistan anjur Majlis Bersungkai

Suruhanjaya Tinggi Pakistan anjur Majlis Bersungkai

Oleh Yusrin Junaidi

 

BANDAR SERI BEGAWAN, 13 Jun – Suruhanjaya Tinggi Pakistan di Negara Brunei Darussalam dengan kerjasama Ahli Perniagaan Pakistan di Negara Brunei Darussalam, hari ini, mengadakan Majlis Berbuka Puasa untuk 25 orang warga Pusat Ehsan Al-Ameerah Al-Hajjah Maryam yang berlangsung di Dewan Muhibah, Jabatan Daerah Brunei dan Muara, Berakas.

Selain daripada berbuka puasa, warga pusat berkenaan turut menerima derma sumbangan Ahli Perniagaan Pakistan yang disampaikan oleh tetamu kehormat majlis, Pemangku Pegawai Daerah Brunei dan Muara, Awang Misle bin Haji Abdul Karim dan juga Pemangku Pesuruhjaya Tinggi Pakistan, Ahmed Ali Sirohey.

Majlis Berbuka Puasa dan Sumbangan Derma berkenaan merupakan antara aktiviti Suruhanjaya Tinggi Pakistan dan Ahli Perniagaan Pakistan bagi sama-sama menyemarakkan lagi bulan Ramadan.

Pemangku Pesuruhjaya Tinggi Pakistan menyampaikan sumbangan kepada salah seorang warga Pusat Ehsan.
Pemangku Pesuruhjaya Tinggi Pakistan menyampaikan sumbangan kepada salah seorang warga Pusat Ehsan.
Pemangku Pegawai Daerah Brunei dan Muara menyampaikan sumbangan selaku wakil warga Pusat Ehsan.
Pemangku Pegawai Daerah Brunei dan Muara menyampaikan sumbangan selaku wakil warga Pusat Ehsan.

Manakala itu, sumbangan berkenaan pula bertujuan untuk memeriahkan lagi Sambutan Hari Raya warga Pusat Ehsan seperti kanak-kanak yang lain.

Menurut kenyataan Suruhanjaya Tinggi Pakistan, acara keagamaan dan kebajikan akan diteruskan sepanjang bulan Ramadan untuk anak-anak yatim di Daerah Brunei dan Muara serta mereka yang kurang berkemampuan.

ARTIKEL YANG SAMA