Suruhanjaya Tinggi Pakistan anjur Rumah Terbuka

Suruhanjaya Tinggi Pakistan anjur Rumah Terbuka

Oleh Yusrin Junaidi

 

BANDAR SERI BEGAWAN, 17 Julai – Pesuruhjaya Tinggi Pakistan ke Brunei Darussalam dan Komuniti Rakyat Pakistan di Brunei Darussalam, hari ini, mengadakan Rumah Terbuka ‘Eid Milan Party’ sempena Hari Raya Aidilfitri 2016 yang berlangsung di Dewan Serba Guna Pusat Belia, di sini.

Majlis Sambutan Hari Raya Aidilfitri berkenaan dimeriahkan dengan kehadiran lebih 150 orang warga Pakistan yang berada di Brunei Darussalam dan para jemputan khas. Hadir pada majlis berkenaan ialah Pemangku Pesuruhjaya Tinggi Pakistan, Ahmed Ai Sirohey.

Di samping memeriahkan lagi Sambutan Hari Raya Aidilfitri dalam kalangan komuniti Pakistan di negara ini, majlis berkenaan juga bertujuan untuk mengeratkan lagi hubungan silaturahim.

Menurut Ahmed Ali Sirohey, acara ini antara lain bertujuan untuk meningkatkan perpaduan dan mengeratkan hubungan persaudaraan dalam kalangan warga Pakistan di negara ini.

Pemangku Pesuruhjaya Tinggi Pakistan ke Brunei Darussalam menyampaikan ucapan ringkas yang menyentuh tentang acara sambutan Hari Raya dan hubungan silaturahim.
Pemangku Pesuruhjaya Tinggi Pakistan ke Brunei Darussalam menyampaikan ucapan ringkas yang menyentuh tentang acara sambutan Hari Raya dan hubungan silaturahim.
Kanak-kanak Komuniti Pakistan membuat persembahan memeriahkan lagi majlis tersebut.
Kanak-kanak Komuniti Pakistan membuat persembahan memeriahkan lagi majlis tersebut.

“Dengan menyambut Hari Raya ini, sesiapa pun kita bertemu dikirakan sebagai saudara tidak kira beragama Islam atau pun tidak, berlainan etnik, rumah terbuka ini adalah untuk semua dan dialu-alukan kedatangan mereka,” ujarnya.

Majlis turut dimeriahkan dengan sumbangan sagu hati kepada anak-anak komuniti Pakistan di Brunei yang disampaikan oleh Pemangku Pesuruhjaya Tinggi Pakistan.