Suspek ‘akui’ miliki bahan letupan

Suspek ‘akui’ miliki bahan letupan

BANGKOK, 7 Sept (AFP) – Salah seorang daripada dua lelaki yang ditangkap bulan lalu berhubung pengeboman maut di Bangkok telah mengakui satu pertuduhan memiliki bahan letupan, menurut polis hari ini, dalam pengakuan pertama mengenai serangan tidak pernah berlaku dahulu di Thailand.

Polis mengatakan suspek, Yusufu Mieraili, ditangkap minggu lalu berhampiran sempadan dengan Kemboja.

“Kami telah memberitahunya mengenai dakwaan itu. Dia mengakui atas tuduhan itu,” jurucakap polis kebangsaan, Prawut Thavornsiri memberitahu para wartawan.

Polis tidak mendedahkan kerakyatannya, walaupun dia ditangkap kerana memiliki satu pasport China dengan kelahiran dinyatakan sebagai Xinjiang – rumah kepada minoriti Uighur Islam yang ditindas di negara itu.

Seorang suspek warga asing yang melakukan pengeboman pada 17 Ogos, dikenali sebagai Yusufu Mieraili (tengah) diiringi oleh pasukan polis ketika dia tiba untuk disoal siasat di Balai Polis Metropolitan Bangkok pada 7 September. – AFP
Seorang suspek warga asing yang melakukan pengeboman pada 17 Ogos, dikenali sebagai Yusufu Mieraili (tengah) diiringi oleh pasukan polis ketika dia tiba untuk disoal siasat di Balai Polis Metropolitan Bangkok pada 7 September. – AFP

Misteri menyelubungi motif pengebom namun spekulasi telah diperkukuhkan dengan mengaitkannya kepada minoriti Uighur yang berbahasa Turkic China.

Thailand telah mengusir sejumlah besar pelarian Uighur ke China awal musim panas ini, mencetuskan bantahan di Turki yang mana beberapa warga nasionalisnya yang mempunyai kaitan kuat dengan kumpulan minoriti berkenaan.

Lelaki kedua dikenal pasti sebagai Adem Karadag yang sudah pun didakwa berhubung jenayah tersebut selepas dia ditangkap di sebuah flat di sub bandar Bangkok bersama kelengkapan membuat bom dan puluhan pasport palsu Turki.

ARTIKEL YANG SAMA