Suspek bakar bas, rancang keganasan

Suspek bakar bas, rancang keganasan

BEIJING, 6 Jan (AFP) – Seorang lelaki yang disyaki membakar sebuah bas awam di utara China, mengakibatkan 17 orang mati terbakar, telah memberitahu rakan-rakannya dia telah merancang keganasan, menurut laporan hari ini, yang memetik penghantaran di media sosial yang mana dia menderita dengan hutang yang tidak dapat dibayar.

Polis telah menangkap Ma Yongping, 33 tahun semalam selepas kebakaran bas di Yinchuan, bandar rantau terpencil, Ningxia.

Seorang penumpang bas itu berkata api cepat merebak, dengan hanya sedikit masa untuk merangkak keluar.

“Saya datang tergesa-gesa dengan bunyi seperti semburan air. Kasut saya terbakar. Tapak kaki saya panas terbakar,” seorang mangsa terselamat memberitahu Beijing News.

Ma, seorang lulusan kolej, yang belajar di Jepun, telah menanggung hutang lebih 300,000 yuan ketika menjadi kontraktor sebuah projek kejuruteraan, kebanyakan gajinya untuk pekerja-pekerjanya, menurut artikel dalam laman berita China, Sina yang dikeluarkan sejurus selepas ia muncul hari ini.

Syarikat enggan membayar saya, menurutnya, dan menurut Beijing Youth Daily, pada pagi serangan itu dia telah menghantar mesej kepada rakan-rakan pada aplikasi bualan, WeChat mengatakan “Pada ketika apabila meskipun hak asas seseorang tidak terjamin, dia berhak untuk bertindak untuk memperjuangkannya.”

Dia juga menghantar gambar sepucuk surat yang ditulisnya pada bulan Disember lalu.

“Saya tidak memahami mengapa keadaan menjadi hingga ke tahap seterus ini,” tulisnya.

“Saya berpendapat saya bukanlah yang suka mengikut gerak hati, dan bukan juga seorang penyabar, dan juga bukan pengganas yang dahagakan darah. Tetapi mengapa hasil sebegini ini terjadi?.

Ketika disoal siasat, Ma memberitahu polis dia telah membeli dua bekas berisi petrol di sebuah stesen minyak dan menggunakan pemetik api untuk membakar sebuah bas, lapor Beijing Youth Daily.

ARTIKEL YANG SAMA