Suspek berdepan 5 tuduhan membunuh

Suspek berdepan 5 tuduhan membunuh

MEXICO CITY, 7 Ogos (Agensi) – Pihak pendakwa mengumumkan pada lewat hari ini bahawa mereka telah mendakwa seorang lelaki dengan tuduhan membunuh seorang wartawan foto dan empat orang wanita dalam satu kes yang menarik perhatian seluruh dunia.

Daniel Pacheco Gutierrez, 41 tahun, berdepan tuduhan membunuh, pembunuhan seorang wanita dan rompakan teruk berkumpulan, menurut kenyataan oleh pendakwa raya.

Awal hari ini, menurut ketua pendakwa Rodolfo Rios memberitahu rangkaian Televisa bahawa tersangka adalah salah seorang dari tiga lelaki yang dirakam oleh kamera pengawasan meninggalkan bangunan pangsapuri tempat berlakunya pembunuhan. Mayat-mayat ditemui beberapa jam kemudian oleh seorang rakan sebilik dua dari mangsa itu.

Rios berkata lelaki itu mengaku berada di pangsapuri itu, tetapi pihak pendakwa tidak akan mengulas tentang sama ada tersangka mengaku melakukan sebarang jenayah. Kenyataan yang dikeluarkan lewat semalam tidak menyatakan tentang isu itu. Rios berkata tersangka sebelum ini pernah meringkuk dalam penjara hampir 10 tahun kerana merogol dan mengakibatkan kecederaan.

Mangsa-mangsa termasuklah Ruben Espinosa, seorang wartawan foto yang lari meninggalkan pantai negeri teluk, Veracruz kerana ugutan. Dia ditemui ditembak di bahagian kepalanya, mayatnya dalam keadaan diikat dan telah diseksa. Para penyerang juga membunuh rakannya, seorang aktivis Nadia Vera dan dua orang rakan sebiliknya seorang mekap artis berusia 19 tahun dan seorang wanita dari Colombia dan juga pembantu rumah mereka yang berusia 40 tahun.

Semalam, kementerian luar Colombia mengenal pasti warganegaranya sebagai Mile Virginia Martin. Kenyataan itu mengatakan pengenalan dibuat melalui cap jari mangsa.

ARTIKEL YANG SAMA