Suspek bom New York didakwa

Suspek bom New York didakwa

New York, 20 Sept – Seorang warga Afghan yang dilahirkan di Amerika didakwa kelmarin atas cubaan membunuh selepas ditembak dan ditangkap berkaitan dengan pengeboman di New York dan New Jersey, mencetuskan kebimbangan keselamatan di tengah-tengah pilihan raya.

Serangan Sabtu lalu, yang mencederakan 29 orang di Manhattan dan perlumbaan AS Marine Corps terpaksa dibatalkan di New Jersey, juga dikaitkan dengan warga Somalia-Amerika yang berkemungkinan berhubung kait dengan kumpulan pelampau Negara Islam (IS) dalam serangan amukkan dan tikaman di Minnesota, mencederakan sembilan orang.

Presiden Barack Obama, pada Perhimpunan Agung PBB bersama pemimpin-pemimpin dunia di New York, menggesa rakyat Amerika agar “tidak takut,” apabila calon presiden Hillary Clinton dan Donald Trump merancang menggunakan cara terbaik untuk memerangi serangan keganasan.

Obama menegaskan bahawa penyiasat tidak melihat sebarang kaitan antara pengeboman di Pantai Timur dan kejadian tikaman di Minnesota, kata polis.

Ahmad Khan Rahami, 28, pada mulanya ditemui oleh seorang pegawai polis di luar sebuah bar di Linden, New Jersey, kira-kira tiga jam selepas FBI mengeluarkan gambar beliau dan menyifatkannya sebagai seorang yang “bersenjata dan berbahaya.”

Ahmad Khan Rahami ditahan selepas kejadian tembak-menembak dengan polis di Linden, New Jersey kelmarin. – AP
Ahmad Khan Rahami ditahan selepas kejadian tembak-menembak dengan polis di Linden, New Jersey kelmarin. – AP

Apabila pegawai mendekati suspek, dia segera mengeluarkan pistol dan menembak dan mengenai tubuh pegawai yang bertugas, mengenai jaket perlindungan beliau, kata pendakwa Union County, Grace Park.

Dalam pergelutan dengan polis itu, Rahami telah ditembak beberapa kali di luar sebuah kedai membaiki kereta, beberapa blok barat dari bar, katanya. Kejadian tembak-menembak berjaya dikawal dan Rahami dibawa ke hospital di mana dia menjalani pembedahan, kata pegawai.

Rahami diusung ke dalam ambulans di bandar Linden, memakai pembalut yang berlumuran darah di lengan kanannya.

Dia didakwa dengan lima pertuduhan atas cubaan membunuh seorang pegawai penguatkuasa undang-undang dan juga tuduhan atas memiliki dua senjata secara haram, kata Park. Seorang hakim membenarkan tertuduh diikat jamin dengan AS$5.2 juta. – AFP

ARTIKEL YANG SAMA