Suspek curi kabel diberkas

Suspek curi kabel diberkas

BANDAR SERI BEGAWAN, 18 Okt – Pihak Polis percaya mereka telah berjaya menyelesaikan beberapa kes curi kabel yang dilaporkan di Daerah Brunei dan Muara berikutan penahanan seorang lelaki warga tempatan.

Suspek, berusia 38 tahun, ditahan oleh detektif dari Ibu Pejabat Daerah CID Alpha, Brunei Muara di Kampung Lurong Dalam.

Dalam penyiasatan yang dijalankan, suspek mengakui melakukan beberapa kecurian kabel di kawasan Kampung Lurong Dalam. Berikutan penahanan terhadap suspek, ketua penyiasatan yang diketuai oleh Pemangku Pegawai di Stesen Kampong Ayer, Polis Inspektor Percubaan, Hazizul Halim mendedahkan bahawa suspek terlibat dalam beberapa kejadian curi kabel yang dimiliki oleh syarikat swasta dan terdapat saksi yang hadir dalam membantu siasatan polis tersebut. Suspek, seorang yang tidak mempunyai sebarang pekerjaan, ditahan reman sehingga 17 Oktober 2015 bagi siasatan lanjut. Dia berdepan dengan dakwaan di bawah Seksyen 379 dan 427, Bab 22 Kanun Jenayah.