Suspek dadah ditangkap di Abu Dhabi balik ke Manila

Suspek dadah ditangkap di Abu Dhabi balik ke Manila

MANILA, Filipina, 18 Nov – Seorang suspek ketua dadah Filipina, yang ayahnya telah terbunuh dalam penjara disyaki akibat tembakan senjata, telah dihantar balik hari ini ke Filipina dari Emiriah Arab Bersatu, berjanji untuk memberitahu semua yang diketahuinya mengenai perdagangan narkotik dalam satu langkah yang dilihat menyokong perang Presiden Rodrigo Duterte ke atas dadah.

Rolando ‘Kerwin’ Espinosa Jr. tiba dengan tangannya digari dan memakai jaket kalis peluru di lapangan terbang Manila bersama sepasukan polis yang membawanya dari Abu Dhabi.

Ketua polis kebangsaan, Ronald dela Rosa, yang menjamin keselamatan Espinosa, mengiringinya dari lapangan terbang menuju ke kemudahan yang dikawal ketat di ibu pejabat polis.

Ayah Espinosa, datuk bandar Rolando Espinosa Sr., telah ditangkap bulan lalu. Dia telah bersetuju untuk bekerjasama dengan para pegawai namun terbunuh pada 5 November yang dipercayai pertempuran senjata bersama polis di dalam sel penjaranya. Para senator sedang menyiasat kes suspek yang ia adalah pembunuhan tidak sengaja.

Semasa sidang berita di ibu pejabat polis, Kerwin meminta maaf kepada Duterte dan meminta untuk diberi peluang berubah.

“Saya memohon pengampunan daripada Presiden Duterte,” katanya. “Apa saja yang saya telah lakukan pada masa lalu, saya berharap dia boleh memberi saya peluang bagi memulakan kehidupan baru.”

Dia meyakinkan Duterte bahawa ‘semua yang saya tahu mengenai perdagangan dadah itu akan didedahkan, termasuk semua nama-nama yang terlibat.” – AP

ARTIKEL YANG SAMA