Suspek dikesan ‘lelaki bertopi’

Suspek dikesan ‘lelaki bertopi’

BRUSSELS, 28 Mac (AFP) – Belgium meningkatkan jumlah kematian daripada serangan Brussels kepada 35 dan mendakwa tiga suspek pengganas hari ini ketika polis di seluruh Eropah mempertingkatkan usaha untuk mengungkai rangkaian Islamic State (IS) atas pembunuhan beramai-ramai itu.

Polis menyiarkan video baru suspek ketiga dalam serangan lapangan terbang Zaventem pada 22 Mac yang digelar ‘lelaki bertopi’ yang dilihat bersama dua pengebom berani mati lain, yang melarikan diri selepas bomnya gagal untuk meledak.

Ketegangan juga berlaku di Belgium pada Ahad apabila polis menggunakan meriam air untuk menyuraikan perusuh bola sepak yang melaungkan slogan anti-penghijrah yang mengganggu tapak memorial bagi mangsa serangan di tengah Brussels.

Mengumumkan jumlah kematian baru itu, Menteri Kesihatan Belgium, Maggie De Block mentweet: “Empat pesakit meninggal dunia di hospital. Pasukan perubatan sudah melakukan sedaya upaya. Jumlah mangsa: 35. Kekal tabah kepada semua ahli keluarga.”

Jurucakap pendakwa Ine Van Wymersch mengesahkan jumlah kematian baru itu kepada para wartawan di pusat krisis kerajaan, menambah bahawa ia tidak termasuk tiga penyerang.

Penunjuk perasaan berhaluan kanan membantah ke atas gelombang pengganasan di hadapan bursa saham lama di Brussels, Belgium pada 27 Mac. – Reuters
Penunjuk perasaan berhaluan kanan membantah ke atas gelombang pengganasan di hadapan bursa saham lama di Brussels, Belgium pada 27 Mac. – Reuters

“Kami telah menghitung hari ini 35 mangsa serangan di Zaventem dan Maalbeek. Jumlah ini termasuk empat mangsa yang meninggal dunia di hospital selepas serangan itu, dan 31 mangsa yang meninggal dunia serta-merta di tempat kejadian,” ujarnya.

Seramai 28 lapan mangsa telah dikenal pasti, katanya. Jabatan Kerajaan AS pada Ahad mengesahkan kematian dua lagi rakyat Amerika, membawa jumlahnya kepada empat.

Para pendakwa mengatakan tiga lelaki yang ditangkap pada hujung minggu dalam siri serbuan telah didakwa kerana menyertai kegiatan kumpulan pengganas,” sementara orang keempat telah dibebaskan.

Lelaki berkenaan – dikenal pasti sebagai Yassine A., Mohamed B. Et Aboubaker O. – telah ditahan semasa 13 serbuan di Brussels dan bandar Mechelen dan Duffel.

Jurucakap bagi pejabat pendakwa raya memberitahu AFP bahawa ‘tidak ada kaitan secara langsung telah ditemui dalam serangan Brussels itu’.

Dalam siri teka-teki terbaru rangkaian rentas sempadan kumpulan jihad, polis telah menangkap seorang rakyat Perancis berusia 32 tahun di Rotterdam pada Ahad kerana disyaki merancang serangan ganas, kata pendakwa Belanda, berikutan serbuan yang dilakukan atas permintaan pihak berkuasa Perancis.

Siasatan masih diteruskan ke atas penyerang Brussels, dengan polis menyiarkan video lelaki bertopi dan menyarungkan jaket putih menolak troli dengan beg besar menerusi dewan berlepas berhampiran pengebom Ibrahim El Bakraoui dan Najim Laachraoui.

“Ia adalah video baru yang sebelumnya tidak disiarkan,” seorang jurucakap bagi pejabat pendakwa persekutuan kepada AFP.

Para pendakwa masih lagi sedang mencari teori yang lelaki ketiga itu adalah Faycal Cheffou, seorang aktivis yang didakwa pada Sabtu atas kesalahan ‘pembunuhan pengganas’ berkaitan dengan serangan lapangan terbang, sumber dekat kepada siasatan itu memberitahu AFP.

Cheffou bagaimanapun tidak bekerjasama dengan para penyiasat, menurut sumber.