Suspek ingin ‘bekerjasama’

Suspek ingin ‘bekerjasama’

COURTRAI, Belgium, 31 Mac (AFP) – Suspek serangan Paris, Salah Abdeslam mahu bekerjasama dengan pihak berkuasa Perancis sebaik saja dia diusir dari Belgium, kata peguamnya hari ini, ketika polis Belgium menjalankan serbuan berkaitan plot pengganas Perancis yang gagal.

Pasukan tentera dan polis menggeledah di seluruh kawasan berhutan di laluan kenderaan sibuk berhampiran Courtrai di barat laut Belgium, siri serbuan terbaru sejak serangan pengganas Paris dan Brussels mendedahkan lingkaran sel kumpulan jihad rentas sempadan.

Suspek tunggal yang masih hidup bagi serangan Paris 13 November yang mana 130 orang terkorban, Salah Abdeslam telah ditangkap di Brussels pada 18 Mac selepas empat bulan dicari.

Penangkapan itu dianggap kejayaan luar biasa dalam memerangi anti-pengganas Belgium, walaupun dia ditemui hanya beberapa meter dari rumah keluarganya dan enggan untuk bercakap sejak serangan Brussels meskipun mempunyai kaitan dengan para penyerang.

“Saya boleh sahkan yang Salah Abdeslam mahu diserahkan kepada pihak berkuasa Perancis,” kata peguam Cedric Moisse memberitahu para wartawan semasa perbicaraan mahkamah di Brussels.

Tentera Belgium dan polis melaksanakan operasi pencarian Reda di kejiranan Rodenburg bandar Kortrijk di barat Flanders pada 31 Mac. – AFP
Tentera Belgium dan polis melaksanakan operasi pencarian Reda di kejiranan Rodenburg bandar Kortrijk di barat Flanders pada 31 Mac. – AFP

“Saya juga boleh mengesahkan dia ingin bekerjasama dengan pihak berkuasa Perancis.”

Seorang pendakwa raya akan ditetapkan untuk berkunjung ke penjara di bandar Bruges, Belgium tempat Abdeslam telah ditahan untuk membincangkan ekstradisinya di bawah waran tangkap Eropah.

Pendakwa raya persekutuan Belgium ‘tidak ada bantahan’ untuk menyerahkan suspek kepada Perancis, kata jurucakap Eric Van der Sypt.

Hakim akan menetapkan ekstradisi itu paling lewat pada Jumaat.

Serbuan terbaru berkaitan dengan plot gagal di Perancis, yang mana suspek utama, Reda Kriket, didakwa di Perancis pada Rabu bersama anggota persatuan pengganas selepas polis menemui gedung senjata dan bahan letupan di rumahnya.

“Serbuan itu masih dijalankan yang berkaitan dengan kes Reda Kriket,” Van der Sypt memberitahu AFP.

Menurutnya ia sedang dilakukan di Marke berhampiran bandar Coutrai, yang juga dikenali sebagai Korrrijk, dekat sempadan Perancis.