Suspek kes bom sogok polis

Suspek kes bom sogok polis

BANGKOK, 10 Sept – Suspek utama letupan maut di Bengkok bulan lalu memberi sogokan AS$600 untuk memasuki Thailand secara tidak sah, kata polis hari ini, sekali gus menunjukkan rasuah yang berleluasa di sempadan negara itu.

Adem Karadag, salah seorang daripada dua warga asing yang ditahan berhubungt serangan 17 Ogos lalu, ditahan di sebuah flat di timur Bangkok lewat bulan lalu. Polis berkata dia didapati memiliki kelengkapan untuk membuat bom dan berdozen pasport Turki palsu.

Peranan Karadag tidak dijelaskan oleh polis tetapi berkata mereka sekarang tahu bagaimana dia datang ke Thailand.

“Lelaki pertama (Karadag) berkata, dia membuat perjalanan melalui Vietnam ke negara jiran di mana dia kemudian membayar pengangkutan,” ketua polis, Somyot Poompanmoung memberitahu wartawan, tanpa menyatakan negara jiran mana.

“Di sempadan Thailand dia membayar AS$600 (untuk menyeberangi Thailand),” tambahnya, tanpa mendedahkan identiti pegawai yang menerima rasuah itu.

Yusufu Mieraili (tengah) semasa lakon semula kejadian pengeboman dekat kuil Erawan di Bangkok semalam. – AFP
Yusufu Mieraili (tengah) semasa lakon semula kejadian pengeboman dekat kuil Erawan di Bangkok semalam. – AFP

Lelaki kedua, Yusufu Mieraili, ditahan dua hari kemudian di sempadan dengan Kemboja. Dia dakwa memiliki pasport China yang polis percayai adalah asli.

Polis berkata Mieraili mengaku menghantar beg yang dimuatkan dengan bom itu kepada seorang lelaki yang meninggalkannya di Erawan Shrine beberapa minit sebelum letupan.

Thailand adalah tempat terkenal bagi warga asing yang melarikan diri dan visa mereka yang lebih masa, dengan pegawai kerap bersedia untuk mendapatkan sogokan tanpa mempedulikan kepada kesalahan undang–undang.

Sejak beberapa hari Somyot sebagai bekas timbalan pemerintah dengan polis imigresen, menyelar pegawai–pegawai yang begitu senang dibeli di sempadan.

“Saya tidak dapat membiarkan masalah ini kerana saya merasa malu,” dia memberitahu wartawan semalam ketika dia meminta junta bagi membantunya untuk mengambil tindakan tegas ke atas pegawai sempadan yang korup. – AFP