Suspek kes bunuh mati dalam lokap

Suspek kes bunuh mati dalam lokap

BANDAR SERI BEGAWAN, 2 Jun – Salah seorang suspek dalam kes bunuh ditemui mati ketika dalam tahanan polis.

Muhammad Hakimi Rizal bin Abdullah @Eyan anak Beritim, 33, ditemui mati dalam lokup Balai Polis Sentral, Bandar Seri Begawan pagi ini.

Keluarga mangsa telah dimaklumkan mengenai kematian itu.

Mangsa telah dihadapkan ke mahkamah bersama-sama dengan seorang lagi suspek Muhammad Zulkifli bin Abdul Jalil, 27 atas tuduhan membunuh Ispawi bin Idris, yang mayatnya ditemui di dalam sebuah kereta di Kuala Belait pada 23 Mei lalu.

Pembunuhan itu dikatakan berlaku di sebuah rumah di Kampung Pandan 7, Kuala Belait antara jam 3 dan 3.0 petang 20 Mei.

Pasukan Polis Diraja Brunei dalam satu kenyataan hari ini menyifatkan kematian tahanan itu sebagai satu kes kematian ‘luar biasa.’

Polis sedang menyiasat kes kematian luar biasa ini dan bedah siasat ke atas mangsa akan dijalankan pada hari ini. Hasil siasatan akan dirujuk kepada Pejabat Peguam Negara.

ARTIKEL YANG SAMA