Suspek kes ugut, mengaku tidak bersalah

Suspek kes ugut, mengaku tidak bersalah

Oleh Rafidah Jumat

 

pg06_160826_mahkamah logo2BANDAR SERI BEGAWAN, 25 Ogos – Seorang lelaki tempatan mengaku tidak bersalah di Mahkamah Majistret, hari ini, atas dua pertuduhan melakukan ugutan jenayah dan kekerasan jenayah terhadap kakak iparnya yang berusia 44 tahun.

Roslani bin Haji Md Yusof, 37, didakwa melakukan kesalahan itu dengan mengejar mangsa dengan sebilah pisau, pada 14 Ogos 2016 sekitar jam 6:30 pagi di sebuah rumah di Kampung Batang Perhentian, Limau Manis.

Dia didakwa mengikut Seksyen 506 Kanun Hukuman Jenayah, Penggal 22 yang membawa hukuman penjara yang boleh dilanjutkan sehingga tiga tahun, atau bersama denda, atau kedua-duanya.

Dia juga berdepan kesalahan di bawah Seksyen 352 Kanun Hukuman Jenayah, Penggal 22 iaitu penjara yang boleh dilanjutkan sehingga setahun dan juga denda.

“Saya tidak melakukan perbuatan itu,” kata Roslani kepada mahkamah.

Timbalan Pendakwa Raya, Vuina Song tidak membantah ikat jamin diberikan kepada tertuduh iaitu $2,500 atau seorang penjamin tempatan dan perlu mematuhi beberapa syarat ikat jamin.

Majistret Azrimah binti Haji Abdul Rahman menetapkan 10 September untuk kes disebut semula.

ARTIKEL YANG SAMA