Suspek kren tumbang akan dibicarakan tidak lama lagi

Suspek kren tumbang akan dibicarakan tidak lama lagi

RIYADH, 13 Julai – Suspek-suspek akan berdepan perbicaraan di Arab Saudi berhubung kemalangan maut kren tumbang yang membunuh lebih 100 orang di tapak suci Islam, lapor media tempatan hari ini.

Akhbar harian Arab News dan Saudi Gazette berkata para penyiasat telah menghantar kes itu ke mahkamah jenayah di Mekah selepas siasatan selama lapan bulan.

Perbicaraan akan dijangka ‘tidak lama lagi’, kata Arab News, namun tidak memberikan butiran selanjutnya atas dakwaan atau bilangan suspek.

Saudi Gazette berkata mereka yang didakwa termasuk jurutera dan dua para pegawai yang bekerja bagi agensi-agensi kerajaan di Mekah.

Tragedi itu membawa kepada sekatan kerajaan ke atas salah satu syarikat pembinaan terbesar di dunia, Saudi Binladin Group, menyumbang kepada masalah kewangan firma berkenaan.

Ia masih tidak jelas sama ada syarikat itu atau mana-mana pekerjanya dalam kalangan mere-ka yang akan dibicarakan. Jurucakap Kumpulan Saudi Binladin tidak dapat dihubungi untuk memberi komen.

Tragedi yang berlaku pada 11 September itu telah membunuh kira-kira 108 orang dan mencederakan sekitar 400, termasuk warga a-sing yang tiba untuk mengerjakan haji tahunan yang bermula pada bulan seterusnya. – AFP