Suspek memasuki barek tentera, tiada motif

Suspek memasuki barek tentera, tiada motif

NAMUR, Belgium, 26 Okt (AFP) – Seorang lelaki memandu keretanya memasuki berek tentera di bandar Belgium Namur hari ini, sebelum melarikan diri dengan berjalan kaki selepas pengawal melepaskan tembakan amaran, pendakwa memberitahu AFP.

“Identiti suspek yang dikenali dan (mereka) sedang giat mengejarnya,” kata pegawai itu sambil menambah ia adalah orang dari kawasan itu.

Suspek membiarkan dan meletakkan keretanya di kawasan tersebut. Seorang wartawan AFP di tempat kejadian berkata skuad bom tentera telah tiba di lokasi tersebut sebagai satu pasukan SWAT.

Sebuah kereta rosak di perkarangan barek tentera selepas suspek dipercayai memandu melalui halangan barek tentera di Flawinne, Wilayah Namur. – AFP
Sebuah kereta rosak di perkarangan barek tentera selepas suspek dipercayai memandu melalui halangan barek tentera di Flawinne, Wilayah Namur. – AFP

Perimeter telah ditutup oleh pihak polis, dengan pemerhatian dan pengawasan sebuah helikopter di ruang udara, katanya. Pegawai memberitahu AFP motif suspek tidak diketahui dan setakat ini tiada laporan mengenai kecederaan.

Pangkalan Flawinne di pusat kota Belgium merupakan tempat tinggal kepada 650 askar batalion komando yang mengambil bahagian dalam operasi NATO dan misi pengaman.

Kejadian itu mengingatkan kepada serangan maut baru-baru ini, termasuk pembunuhan empat orang di muzium Yahudi di pusat bandar Brussels pada tahun 2014 oleh seorang lelaki bersenjata jihad.

ARTIKEL YANG SAMA