Suspek pembunuhan didakwa

Suspek pembunuhan didakwa

SEOUL, 10 Julai – Suspek dalam pembunuhan wanita muda di daerah mewah Gangnam, Seoul didakwa hari ini, dalam satu kes yang boleh mencetuskan satu kemarahan awam atas kebimbangan keganasan membenci wanita di Korea Selatan.

Beratus-ratus orang berkabung menghadiri malam berjaga diterangi dian selepas mangsa berusia 23 tahun ditikam sehingga mati oleh orang asing di sebuah kawasan mandi awam dalam Mei.

Polis mengatakan suspek pembunuh, seorang lelaki berusia 34 tahun dikenali hanya melalui nama keluarganya Kim yang kini dalam tahanan, memberitahu mereka, dia melakukan serangan kerana dia merasakan ‘direndah-rendahkan oleh wanita.’

Pendakwa raya mengatakan mereka percaya kunci pencetus di sebalik pembunuhannya ke atas mangsa wanita secara rambang berlaku dua hari sebelum pembunuhan, apabila suspek mengatakan puntung rokok yang dilemparkan oleh seorang wanita yang lalu di hadapannya terkena kasutnya, agensi berita Yonhap melaporkan.

Suspek juga memberitahu pendakwa raya bahawa wanita mengakibatkan dia terlalu tertekan, menurut Yonhap. Kim juga didiagnos dengan skizofrenia akut dalam 2009 dan berulang kali dimasukkan ke hospital. Walau bagaimanapun, dia berhenti makan ubat dalam Januari apabila dia keluar wad.

Pendakwa raya Daerah Tengah Seoul mendakwa suspek membunuh wanita kerana dia mengalami penyakit mental yang tidak dirawat, lapor Yonhap.

Pendakwa raya menambah bahawa penyiasatan mereka menunjukkan Kim kurang waras pada masa pembunuhan dan sepatutnya dimasukkan ke hospital.

Namun mereka mengatakan ia ‘sukar’ untuk mengkategorikan pembunuhan itu sebagai jenayah benci terhadap wanita.

“Defendan tampak bermusuhan dengan wanita, namun tidak ada bukti bahawa dia bersikap prejudis sembarangan terhadap wanita,” seorang pendakwa raya tidak dinamakan dipetik sebagai berkata oleh Yonhap.

Walau bagaimanapun, menurut pendakwa raya, Kim tidak menunjukkan sebarang tanda-tanda menyesal atau bersalah. – AFP

ARTIKEL YANG SAMA