Suspek pembunuhan dikembalikan ke UK

Suspek pembunuhan dikembalikan ke UK

ISLAMABAD, 19 Mei (AFP) – Pakistan telah mengekstradisi seorang lelaki yang didakwa oleh polis British dengan dua pertuduhan membunuh dalam penyerahan balik yang jarang dilakukan oleh kedua buah negara, kata pegawai hari ini.

Mohammed Zubair dijadualkan tampil di mahkamah di Bradford hari ini kerana pembunuhan terhadap Imran Khan, 27, dan Ahmedin Sayed Khyel, 35. Siaran akhbar dari Polis Barat Yorkshire berterima kasih kepada pegawai Pakistan bagi bantuan mereka.

“Selepas lima tahun, Polis Barat Yorkshire mampu untuk menyelaras penyerahan balik Mohammed Zubair, yang ditahan di Pakistan sejak November 2013,” kenyataan yang memetik penyiasat kanan, Simon Atkinson sebagai berkata.

“Ini adalah proses yang mengambil masa yang panjang untuk dihasilkan, dan adalah yang pertama dalam tempoh lebih 10 tahun di mana seseorang telah diserah balik dari Pakistan ke United Kingdom (UK).”

Kenyataan itu tidak memberikan maklumat lanjut. Pegawai kanan di Kementerian Dalam Negeri Pakistan mengesahkan kepada AFP bahawa Zubair, yang berusia 31 tahun ketika jenayah dilakukan, telah “diserah balik baru-baru ini”. Pegawai Pakistan tidak mengesahkan kewarganegaraan Zubair kepada AFP, dan ia tidak disebutkan dalam kenyataan polis British.

Tidak terdapat ekstradisi diantara Pakistan dan Britain, tetapi kedua buah negara telah meningkatkan kerjasama sejak beberapa tahun bagi menyelesaikan kes jenayah utama.

Jurucakap Kementerian Dalam Negeri Pakistan berkata penandatangan perjanjian seperti itu isu yang lama, tetapi menteri yang ada, Chaudry Nisar Ali Khan berkata kekurangan perjanjian “tidak mengizinkan pertukaran jenayah dan Pakistan akan mengekstradisi suspek berdasarkan kerjasama dua hala.”

ARTIKEL YANG SAMA