Suspek pembunuhan diserah ke kedutaan China

Suspek pembunuhan diserah ke kedutaan China

MANILA, 22 Okt – Polis Filipina akan menyerah kan dua suspek dalam pembunuhan dua diplomat China kepada pegawai kedutaan China disebabkan kekebalan diplomatik, kata sumber polis hari ini, selepas kejadian menembak restoran di tengah Filipina.

Suami seorang wanita China yang bekerja di konsulat China di tengah bandar Cebu menembak mati penolong ketua konsul dan anggota kakitangan kanan ketika satu majlis makan tengah hari di restoran semalam, kata polis.

Ketua Konsul Song Ronghua juga cedera dalam kejadian menembak itu. Penolongnya, Sun Shen, ditembak di leher dan meninggal dunia. Li Hui, seorang pegawai kewangan wanita di konsulat, ditembak di kepala dan juga meninggal dunia.

Suspek ditahan dan dikenalpasti oleh polis sebagai Li Qing Liang. Isteri Li, Guo Jing, yang bekerja dalam bahagian visa konsulat, juga ditahan untuk disoal. Kedua-duanya meminta kekebalan diplomatik, kata polis selepas kejadian menembak itu.

Hari ini, sumber polis negara berkata Li dan Guo akan diserah kepada pihak berkuasa China.

Dua warga China, seorang pegawai konsulat (kiri) dan suaminya yang digari (kanan), suspek dalam penembakan Song Ronghua, ketika bercakap dengan seorang jurubahasa (tengah) di sebuah balai polis di Cebu, tengah Filipina semalam. – AFP
Dua warga China, seorang pegawai konsulat (kiri) dan suaminya yang digari (kanan), suspek dalam penembakan Song Ronghua, ketika bercakap dengan seorang jurubahasa (tengah) di sebuah balai polis di Cebu, tengah Filipina semalam. – AFP

“Pasangan itu masih dalam tahanan tetapi berdasarkan perjanjian di antara Filipina dan China, kami akan menghormati kekebalan mereka,” kata seorang pegawai kanan polis, yang enggan memberikan namanya disebabkan beliau tidak dibenarkan bercakap kepada media.

“Kami akan menangguh usaha memfail dakwaan ke atas tertuduh dan menunggu pengumuman rasmi daripada Jabatan Hal Ehwal Luar Negeri,” beritahu pegawai kepada Reuters.

Tidak adanya komen rasmi mengenai kejadian itu daripada China setakat ini. – Reuters