Suspek penembak kena berkas

Suspek penembak kena berkas

CHARLESTON, 19 Jun (Reuters) – Seorang lelaki muda kulit putih yang disyaki menembak mati sembilan orang kulit hitam selepas menghabiskan masa sejam bersama mereka dalam pembelajaran Bible di sebuah gereja bersejarah Afrika-Amerika di Selatan Carolina telah diberkas semalam, sehari selepas pembunuhan beramai-ramai itu yang menurut pihak berkuasa bermotifkan kebencian ras.

Penembakan beramai-ramai itu mencetuskan usaha gigih mencari selama 14 jam yang berakhir dengan Dylann Roof, 21 tahun, diberkas di sebuah perhentian lalu lintas di sebuah bandar kecil Utara Carolina, 350km utara Charleston, tempat amukan di gereja itu berlaku, menurut para pegawai.

Roof, yang menurut bapa saudaranya telah menerima selaras senapang sebagai hadiah ulang tahunnya yang ke 21 pada April lalu dan yang profil media sosialnya menunjukkan terpesona dengan kekuasaan kulit putih, mengetepikan haknya kepada penyerahan balik dan telah diterbangkan balik ke Selatan Carolina beberapa jam selepas diberkas.

Dia dijangka dihadapkan hari ini bagi mendengar kes ikat jamin, tetapi akan muncul melalui hubungan video dari pusat tahanan kawasan Charleston tempat dia dipenjarakan, menurut Major Eric Watson, jurucakap Pejabat Sherif Wilayah Charleston.

Dylann Roof ketika diberkas pihak berkuasa kerana disyaki menembak mati sembilan orang kulit hitam selepas menghabiskan masa sejam bersama mereka dalam pembelajaran Bible di sebuah gereja bersejarah Afrika-Amerika di Selatan Carolina. – Reuters
Dylann Roof ketika diberkas pihak berkuasa kerana disyaki menembak mati sembilan orang kulit hitam selepas menghabiskan masa sejam bersama mereka dalam pembelajaran Bible di sebuah gereja bersejarah Afrika-Amerika di Selatan Carolina. – Reuters

Keganasan bersenjata pada Rabu lalu itu di gereja Emanuel African Methodist Episcopal yang berusia 200 tahun itu menyusuli tahun kekacauan dan bantahan mengenai hubungan kaum, penguatkuasaan undang-undang dan pengadilan jenayah di AS, yang berpunca dari siri-siri pembunuhan oleh pihak polis ke atas lelaki-lelaki kulit hitam tidak bersenjata. Empat orang paderi, termasuklah Senator negeri Demokratik Clementa Pinckney, 41 tahun adalah antara enam wanita dan tiga lelaki yang ditembak mati di gereja yang dipanggil dengan nama “Mother Emanuel.”

Gereja itu hancur musnah terbakar pada lewat tahun 1820an, selepas rancangan pemberontakan hamba abadi dirancang oleh salah seorang pengasasnya, diketahui. Gereja itu kemudian dibina semua. Mangsa tembakan senjata berusia dari 26 hingga 87 tahun. Tiga orang yang hadir terselamat tanpa mengalami sebarang kecederaan akibat amukan itu, termasuklah yang berusia lima tahun yang menurut CNN mengelak ditembak dengan berpura-pura mati.

CNN juga menyiarkan video yang dirakam dari dalam gereja ketika sesi pembelajaran, yang menunjukkan Roof sebelum pembunuhan beramai-ramai itu.

ARTIKEL YANG SAMA