Suspek pengeboman Saudi akan berdepan hukuman

Suspek pengeboman Saudi akan berdepan hukuman

RIYADH, 24 Mei (AFP) – Raja Arab Saudi, Salman berjanji hari ini bahawa sesiapa yang terlibat dengan pembunuhan 21 puak minoriti Syiah akan berdepan keadilan atas ‘jenayah kejam itu’.

Salman membuat ikrar itu dalam satu telegram kepada Putera Mahkota Mohammed bin Nayef, yang juga menteri dalam negeri.

“Sesiapa yang ikut serta, merancang, membantu, bekerjasama dengan jenayah kejam itu akan dipertanggungjawabkan, dan akan tertakluk kepada perundangan.

Dia akan menerima hukuman selayaknya,” kata raja dalam mesej yang dinyatakan oleh agensi akhbar rasmi Saudi.

Lebih 100 orang juga tercedera apabila pengebom nekad Saudi meledakkan bahan letupan di dalam sebuah masjid di daerah Qatif, Wilayah Timur pada Jumaat.

Raja juga menyebutkan “kami….terseksa dengan jenayah pengganasan ini yang sangat bertentangan dan nilai-nilai Islam dan kemanusiaan” dan menyasarkan orang-orang awam yang tidak bersalah.

Kementerian dalam negeri mengatakan pengebom berani mati itu merupakan salah seorang daripada sel yang terdiri 26 anggota yang telah ditangkap.

ARTIKEL YANG SAMA