Suspek rancang bom bunuh diri

Suspek rancang bom bunuh diri

DRESDEN, Jerman, 13 Okt – Seorang suspek Syria yang merancang bom telah ditemui menggantung diri di selnya tidak dianggap sebagai berisiko besar bagi pengeboman nekad, kata para pegawai Jerman hari ini ketika kemarahan memuncak berhubung ‘kegagalan’ badan kehakiman.

Kematian dalam tahanan itu disusuli dengan percubaan gagal pada awalnya untuk menangkap Jaber al-Bakr, Sabtu lepas, yang mencetuskan pemburuan berleluasa yang berakhir apabila tiga warga Syria lain menangkapnya dan menyerahkannya kepada polis pada Isnin.

Dua hari selepas penangkapan dramatik Bakr, lelaki berusia 22 tahun itu telah ditemui tergantung mati dengan kemeja-T di sel penjaranya di bandar timur Leipzig.

Menteri Keadilan kerajaan Saxony, Sebastian Gemkow (dua kanan) dan Rolf Jacob (dua, kiri), ketua penjara di bandar Leipzig, timur Jerman ketika menyampaikan sidang media mengenai insiden bunuh diri Jaber al-Bakr, pada 13 Oktober, di Dresden, timur Jerman. – AFP
Menteri Keadilan kerajaan Saxony, Sebastian Gemkow (dua kanan) dan Rolf Jacob (dua, kiri), ketua penjara di bandar Leipzig, timur Jerman ketika menyampaikan sidang media mengenai insiden bunuh diri Jaber al-Bakr, pada 13 Oktober, di Dresden, timur Jerman. – AFP

Kematian itu mencetuskan kemarahan dan kebimbangan yang Jerman mungkin tidak akan mengetahui rancangan serangan ke atas lapangan terbang Berlin yang Bakr dipercayai ingin menjalankan serangan atas nama kumpulan Islamic State (IS). Ketua penjara Rolf Jacob memberitahu para wartawan bahawa seorang ‘ahli psikologi berpengalaman’ telah menemu bual Bakr dan menilai bahawa ‘tidak adanya risiko besar bagi pengeboman nekad’.

Walaupun tahanan itu telah memulakan mogok lapar berikutan pemenjaraannya itu, dia nampak ‘tenang dan pendiam, tidak ada petunjuk sebarang isu emosi’. – AFP