Suspek rasuah FIFA serah diri

Suspek rasuah FIFA serah diri

ROM, 10 Jun (AFP) – Eksekutif pemasaran sukan Argentina, Alejandro Burzaco, yang didakwa oleh pihak berkuasa AS terlibat dalam skandal rasuah FIFA, menyerah diri kepada pihak polis di Itali semalam.

Burzaco, 50, di tahan di Bolzano, berhampiran sempadan utara Itali dengan Switzerland selepas menyerah diri di balai polis bersama dua peguam, kata polis dalam kenyataan.

Burzaco ditahan dalam lokap dan kemudian dibenarkan untuk meninggalkan balai polis tetapi diletakkan di bawah tahanan dalam rumah, agensi berita Itali, AGI melaporkan.

Warga Argentina itu, yang juga memegang kerakyatan Itali, sudah menyewa sebuah rumah berhampiran Bolzano sebagai jangkaan jika diletakkan di bawah tahanan dalam rumah, kata laporan.

Tempat persembunyian Burzaco menjadi msiteri sejak tujuh eksekutif FIFA ditahan di bandar Zurich, Switzerland 27 Mei lalu, menjelang Kongres FIFA.

Laman web Interpol dilihat melalui kanta pembesar dalam satu gambar ilustrasi yang diambil di Berlin 3 Jepun lepas antara lain memaparkan wajah Alejandro Burzaco yang menyerah diri kepada pihak polis Itali di Bolzano, semalam. – Reuters
Laman web Interpol dilihat melalui kanta pembesar dalam satu gambar ilustrasi yang diambil di Berlin 3 Jepun lepas antara lain memaparkan wajah Alejandro Burzaco yang menyerah diri kepada pihak polis Itali di Bolzano, semalam. – Reuters

Menurut laporan, Burzaco berada di sebuah hotel di mana para eksekutif terbabit digari dan hilang kerana mengetahui dia berada dalam senarai pembabitan.

Dia dipercayai tidak berada dalam bilik hotel ketika itu kerana sedang bersarapan.

Dia adalah salah seorang daripada 14 bekas pegawai FIFA dan eksekutif pemasaran sukan yang didakwa terlibat dalam skandal itu. Dia diletakkan di bawah ‘amaran merah’ Interpol.

Mereka adalah 14 orang yang dituduh oleh pendakwa AS menyertai sogokan besar-besaran sejak 20 tahun lepas melibatkan rasuah sejumlah AS$150 juta (133 juta euro).

ARTIKEL YANG SAMA