Suspek serangan Paris dipindahkan ke Perancis

Suspek serangan Paris dipindahkan ke Perancis

BRUSSELS, 27 April – Suspek serangan Paris, Salah Abdeslam telah dipindahkan ke Perancis pada awal hari ini, kata pendakwa persekutuan Belgium.

Suspek telah diserahkan kembali ke Perancis dari Belgium, dan telah dipindahkan “menurut waran tangkap Eropah yang dikeluarkan terhadapnya pada 19 Mac oleh Perancis,” menurut pendakwa.

Operasi itu berlangsung secara rahsia bagi memastikan kelancaran, dan Abdeslam, ditangkap pada 18 Mac, dijangka didakwa di mahkamah tidak lama lagi.

Dia disyaki terlibat dalam serangan di Paris dengan menyediakan logistik bagi penyerang lain. Serangan telah membunuh 130 orang di pelbagai lokasi di Paris pada 13 November tahun lepas. – Xinhua

ARTIKEL YANG SAMA