Suspek serangan Paris ‘mahu meletupkan dirinya’

Suspek serangan Paris ‘mahu meletupkan dirinya’

BRUGES, Belgium, 20 Mac (AFP) – Seorang lelaki yang telah ditangkap, Salah Abdeslam, pada mulanya merancang untuk meletupkan dirinya di luar Stade de France semasa serangan Paris, akan tetapi mengubah fikirannya, kata pendakwa kelmarin, selepas lelaki yang paling dikehendaki di Eropah itu didakwa atas ‘pembunuhan pengganas’ dalam peranan beliau semasa serangan November lalu.

Abdeslam, yang telah ditangkap selepas ditembak di kaki dalam satu serbuan polis pada hari Jumaat, juga dihadapkan ke Brussels kerana menyertai kumpulan pengganas. Beliau kemudiannya dibawa ke sebuah penjara keselamatan yang dikawal ketat di bandar pelancongan barat laut Bruges.

Abdeslam, 26, sedang bekerjasama dengan pihak berkuasa tetapi dia akan berjuang dalam penghantaran balik beliau ke Perancis, kata peguamnya, Sven Mary. Pendakwa Paris, Francois Molins berkata Abdeslam memberitahu penyiasat bahawa dia pada mulanya “mahu meletupkan dirinya” di Stadium Stade de France sebelum menukar fikirannya. Molins kata kenyataan itu perlu “diambil dengan berhati-hati”.

Seramai 130 orang terbunuh dalam serangan tembakan pada kejadian November 13 lalu itu dan serangan bom berani mati di Paris, yang disasarkan di stadium bola sepak Stade de France; begitu juga bar, restoran dan juga dewan konsert Bataclan. Serangan-serangan itu telah dituntut oleh kumpulan Islamic State (IS).

Ambulans dipercayai membawa Salah Abdeslam, lelaki buruan yang paling dikehendaki dalam serangan Paris pada November lalu, tiba di penjara di Bruges. - Reuters
Ambulans dipercayai membawa Salah Abdeslam, lelaki buruan yang paling dikehendaki dalam serangan Paris pada November lalu, tiba di penjara di Bruges. – Reuters

Selepas beberapa hari daripada serangan itu, jaket yang penuh dengan bahan letupan itu telah ditemui di Paris, di kawasan di mana isyarat telefon bimbit Abdeslam dinyatakan.

Presiden Perancis, Francois Hollande berkata sejurus selepas penangkapan Abdeslam Jumaat lalu bahawa dia mahu melihat pemindahan beliau ke Perancis akan dibuat secepat mungkin bagi menghadapi pendakwaan atas serangan maut itu.

Pakar undang-undang berkata ini boleh melambatkan proses tersebut, tetapi tidak menghalang atas penyerahannya kepada pihak berkuasa Perancis di bawah Penangkapan Waran Eropah yang mana telah diperkenalkan khusus oleh Kesatuan Eropah bagi mempercepatkan kes penyerahan balik itu.

Kementerian keadilan Perancis berkata bahawa masa 90 hari adalah jumlah maksimum bagi pemindahan Abdeslam itu.

ARTIKEL YANG SAMA