Suspek tembak...

Suspek tembakan berdepan hukuman mati

FORT LAUDERDALE, Fla, 8 Jan – Bekas tentera perang Iraq yang dituduh membunuh lima orang pelancong dan mencederakan enam orang lagi di lapangan terbang antarabangsa yang sibuk di Florida semalam didakwa dan boleh berdepan hukuman mati dijangka disabitkan dengan kesalahan.

Esteban Santiago, 26 tahun memberitahu para penyiasat bahawa dia telah merancang serangan itu, membeli tiket sehala ke lapangan terbang Fort Lauderdale, menurut seorang pegawai persekutuan. Pihak berkuasa tidak tahu mengapa dia memilih sasarannya dan tidak menolak pengganasan. Santiago didakwa dengan perbuatan keganasan di lapangan terbang antarabangsa yang membawa kepada kematian yang boleh membawa hukuman maksimum, hukuman mati – dan tuduhan senjata.

Peguam AS Wifredo Ferrer berkata “Tuduhan hari ini merupakan keseriusan situasi dan memperlihatkan komitmen kakitangan persekutuan, negeri dan penguat kuasa undang-undang tempatan untuk terus melindungi masyarakat dan mendakwa mereka yang menyasarkan para penduduk dan pelancong kami.”

Pihak berkuasa berkata pada sidang media bahawa mereka telah menemu bual kira-kira 175 orang, termasuklah pemisitan yang panjang dengan tersangka yang bekerjasama itu, iaitu bekas tentera National Guard dari Alaska.

Penumpang berbaris di kaunter penerbangan Delta di terminal 2 di Lapangan Terbang Antarabangsa Fort Lauderdale-Hollywood di Fort Lauderdale, Florida, kelmarin. Bekas tentera perang Iraq yang dituduh membunuh lima orang pelancong dan mencederakan enam orang lagi di lapangan terbang antarabangsa itu berkemungkinan berdepan hukuman mati. – AP
Penumpang berbaris di kaunter penerbangan Delta di terminal 2 di Lapangan Terbang Antarabangsa Fort Lauderdale-Hollywood di Fort Lauderdale, Florida, kelmarin. Bekas tentera perang Iraq yang dituduh membunuh lima orang pelancong dan mencederakan enam orang lagi di lapangan terbang antarabangsa itu berkemungkinan berdepan hukuman mati. – AP

Penerbangan-penerbangan beroperasi semula di lapangan terbang Fort Lauderdale selepas pertumpahan darah itu meskipun terminal tempat penembakan berlaku terus ditutup.

Santiago bercakap para penyiasat beberapa jam selepas dia melepaskan tembakan dengan menggunakan senapang patah semi automatik Walther 9mm yang mana dia telah menaiki pesawat dengan sah dari Alaska.

Dia mempunyai dua magazin peluru dan telah mengosongkan kedua-duanya, melepaskan kira-kira 15 peluru sebelum dia diberkas, menurut pengadu itu lagi.

Para penyiasat memeriksa media sosial dan maklumat lain untuk memastikan motif Santiago dan terlalu awal untuk menyatakan sama ada pengganasan memainkan peranan, menurut Piro. Pada November, Santiago telah berjalan masuk ke pejabat luar FBI di Alaska dengan mengatakan kerajaan AS telah mengawal mindanya dan memaksanya menonton video kumpulan Islam IS, menurut pihak berkuasa. – AP

ARTIKEL YANG SAMA