‘Suspended Meal’ bantu golongan memerlukan

‘Suspended Meal’ bantu golongan memerlukan

KUANTAN, 9 Okt (Bernama) – Wan Sharmil Aizan, 41, mengambil idea mengetengahkan konsep set makanan sudah dibayar terdiri daripada nasi, ayam atau ikan, sayur dan air, yang menunggu ‘dituntut pemiliknya’ atau dikenali sebagai ‘suspended meal’.

‘Setakat ini, mereka yang datang ke kedai untuk menikmati makanan ini ialah pelajar, golongan susah dan pekerja am. Saya mahu mereka menikmati hidangan yang lengkap dan mengenyangkan.’

Wan Sharmil Aizan berkata niat baik itu juga mendapat sokongan masyarakat sekitar, apabila ramai yang menghubunginya untuk turut serta bersedekah dengan membayar makanan itu pada harga RM5, selepas melihat notis mengenainya ‘diiklankan’ di Facebook.

Keluhuran hati masyarakat Malaysia juga terserlah apabila jumlah makanan mengikut sedekah itu semakin bertambah iaitu dari 37 set makanan pada Rabu menjadi 63 set pada Khamis, katanya. Restorannya beroperasi dari 8.30 pagi hingga 10 malam.

ARTIKEL YANG SAMA