Sut dipakai Modi catat rekod Guiness

Sut dipakai Modi catat rekod Guiness

AHMEDABAD, India – Sepasang sut dipakai oleh Perdana Menteri India Narendra Modi yang menjadikannya terkenal di seluruh dunia kerana sulaman namanya di seluruh baju, sudah memasuki Guiness World Records selepas dijual dengan harga mencecah rekod.

Modi menjadi tarikan mereka yang mempersendakannya di media sosial bagi sut itu, yang berjalur-jalur dipakainya semasa pertemuan dengan Presiden AS Barack Obama pada lawatan presiden itu ke India dalam Januari 2015.

Apabila imej perdana menteri itu diperbesarkan, ia menjadi jelas yang jalur halus berwarna emas merupakan perkataan ‘Narendra Damodardas Modi’ disulam dalam huruf-huruf kecil.

Dibeli oleh taikun permata, Laljibhai Patel di Gujarat tahun lalu dengan harga 43,131,311 rupee (AS$642,426), sut yang direka untuk kegunaan peribadi itu, kini memasuki buku rekod sebagai yang paling mahal pernah terjual dalam satu lelongan. – AFP

Gambar fail sut yang pernah dipakai oleh Perdana Menteri India, Narendra Modi semasa sidang media bersama selepas rundingan peringkat delegasi dengan Presiden AS Barack Obama di New Delhi. – AFP
Gambar fail sut yang pernah dipakai oleh Perdana Menteri India, Narendra Modi semasa sidang media bersama selepas rundingan peringkat delegasi dengan Presiden AS Barack Obama di New Delhi. – AFP

ARTIKEL YANG SAMA