SUT, timbalan SUT baru Kementerian Pertahanan

SUT, timbalan SUT baru Kementerian Pertahanan

BANDAR SERI BEGAWAN, 20 Nov – Kebawah Duli Yang Maha Mulia Paduka Seri Baginda Sultan Haji Hassanal Bolkiah Mu’izzaddin Waddaulah, Sultan dan Yang di-Pertuan Negara Brunei Darussalam telah berkenan mengurniakan titah perkenan bagi pelantikan Kapten (B) Abdul Rahman bin Begawan Mudim Dato Paduka Haji Bakar sebagai setiausaha tetap di Kementerian Pertahanan dan Pengiran Hajah Zety Sufina binti Pengiran Dato Paduka Haji Sani sebagai timbalan setiausaha tetap (Kewangan dan Pentadbiran) di Kementerian Pertahanan.

Menurut kenyataan Jabatan Perdana Menteri, tarikh pelantikan pegawai pegawai tersebut berkuatkuasa mulai hari Isnin, 21 Safar 1438H bersamaan dengan 21 November 2016M.

ARTIKEL YANG SAMA