Suu Kyi adakan lawatan pertama ke China

Suu Kyi adakan lawatan pertama ke China

YANGON, 5 Jun (Reuters) – Pemimpin pembangkang Myanmar dan pemenang anugerah Nobel, Aung San Suu Kyi akan mengadakan lawatan pertama ke China bulan ini, salah seorang keua parti Liga Kebangsaan bagi Demokrasi (NLD) menjelaskan, di tengah-tengah hubungan tegang antara dua negara.

Suu Kyi akan bertemu Presiden China Xi Jinping dan Perdana Menteri Li Keqiang pada lawatan 10-14 Jun itu, setiausaha dan jurucakap bagi NLD, Nyan Win memberitahu Reuters.

Kementerian Luar China mengatakan lawatan adalah atas jemputan Parti Komunis dan dia akan bertemu pemimpin kebangsaan, namun tiada perincian disediakan.

ARTIKEL YANG SAMA