Suu Kyi adakan rundingan dengan ketua tentera

Suu Kyi adakan rundingan dengan ketua tentera

YANGON, 26 Jan – Pejuang demokrasi Myanmar Aung San Suu Kyi telah mengadakan rundingan berhubung pemindahan kuasa dengan ketua tentera Min Aung Hlaing, sebelum parlimen yang didominasi oleh para ahli undangan dari parti beliau, Liga Kebangsaan Bagi Demokrasi (NLD) bersidang buat kali pertama pada minggu depan.

Itu adalah pertemuan kali kedua antara kedua-dua mereka sejak parti Suu Kyi memenangi hampir 80 peratus kerusi yang dipertandingkan pada pilihan raya bersejarah November lalu – satu kemenangan yang nampaknya bersedia memberi Myanmar kerajaan pertamanya yang dilantik secara demokrasi dalam tempoh berdekad-dekad.

Pihak ketenteraan adalah institusi satu-satunya yang paling berpengaruh di Myanmar, menurut para pakar, dan sesiapa yang mahu memegang kuasa perlukan kerjasamanya. – Reuters

ARTIKEL YANG SAMA