Suu Kyi berdepan kesukaran etnik

Suu Kyi berdepan kesukaran etnik

YANGON, 28 Ogos – Pemimpin Myanmar Aung San Suu Kyi menghadapi satu cabaran yang merupakan satu ujian paling sukar dalam kepimpinannya apabila beliau memulakan persidangan perdamaian etnik pada Rabu dengan tujuan menamatkan peperangan yang telah membelenggu negara sejak ia mencapai kemerdekaan.

Rundingan lima hari itu akan mengumpul beratus pemimpin pemberontak etnik minoriti ke ibu negara, bersama pemimpin tertinggi tentera dan wakil antarabangsa seperti Setiausaha Agung PBB Ban Ki-Moon.

Persidangan itu merupakan usaha Suu Kyi untuk menumpaskan pemberontakan lama di negeri sempadan Myanmar, didorong sebahagiannya oleh perniagaan dadah, batu jed dan kayu balak.

Myanmar adalah tempat tinggal kepada lebih 100 kumpulan etnik dan kebanyakan penduduk minoriti mempunyai rasa syak mendalam terhadap kumpulan majoriti Bamar, yang termasuk Suu Kyi, mengadu bahawa mereka telah mengalami diskriminasi berdekad-dekad lamanya.

Suu Kyi, pemenang Hadiah Keamanan Nobel, telah menjadikan berakhirnya pertempuran selama 70 tahun sebagai dasar pertama dalam kerajaan beliau yang baru dilantik, yang mengambil alih daripada tentera pada Mac selepas memenangi pilihan raya pertama dalam beberapa generasi.

“Jika anda bertanya saya apa matlamat paling penting saya untuk negara saya, ia adalah pencapaian keamanan dan perpaduan di kalangan penduduk berlainan,” kata beliau ketika satu lawatan baru-baru ini ke China.

“Tanpa keamanan, pembangunan mapan tidak akan dicapai.”

Pemimpin berusia 71 tahun itu berharap dapat melanjutkan satu gencatan senjata yang ditandatangani pada tahun lalu di antara tentera pemberontak dan tentera yang disokong oleh kerajaan. – AFP

ARTIKEL YANG SAMA