Suu Kyi disambut meriah

Suu Kyi disambut meriah

BANGKOK, 23 Jun (AFP) – Aung San Suu Kyi dari Myanmar tiba di Thailand hari ini yang mana beliau dijangka menerima kalungan bunga dari rakan-rakan senegara yang mengasihinya seramai beratus-ratus ribu yang telah mencari pekerjaan dan perlindungan dari peperangan seberang sempadan.

Ini adalah kunjungan ke luar negara paling menonjol bagi Suu Kyi sejak parti beliau, parti pro demokrasi mengambil alih kuasa pada April lalu, yang menamatkan dominasi ketenteraan yang berkuasa hampir setengah abad.

Kerajaannya menyimpan harapan bagi era baru kemakmuran yang akhirnya boleh meyakinkan ramai pekerja buruh Myanmar bergaji rendah di Thailand untuk pulang ke tanah air.

Kedua-dua negara jiran Asia Tenggara itu telah melalui laluan yang jelas berbeza dalam beberapa tahun kebelakangan ini.

Sementara junta Myanmar telah mengendurkan genggamannya ke atas politik, tahun lalu yang membolehkan pilihan raya paling bebas dalam tempoh beberapa dekad, Thailand masih dicengkam ketenteraan yang merampas kuasa pada tahun 2014.

Menteri luar negeri dan kaunselor kerajaan Myanmar, Aung San Suu Kyi tersenyum sejurus tiba di sebuah pasar di wilayah Samut Sakhon, barat Bangkok pada 23 Jun. – AFP
Menteri luar negeri dan kaunselor kerajaan Myanmar, Aung San Suu Kyi tersenyum sejurus tiba di sebuah pasar di wilayah Samut Sakhon, barat Bangkok pada 23 Jun. – AFP

Sebagai pejuang demokrasi Myanmar, Suu Kyi menerima sambutan seperti menyambut bintang rok ketika lawatan ke kampung nelayan di Samut Sakhon lewat hari ini.

Beratus-ratus pekerja penghijrah – kebanyakannya mengenakan baju kemeja T Suu Kyi – berhimpun di sebuah pasar di bandar pelabuhan tempat tumpuan industri besar makanan laut Thailand dan didiami oleh lebih 100,000 pekerja buruh Myanmar bergaji rendah.

“Kami ada masa di sini di Thailand. Dia mungkin boleh membantu kami dengan hak buruh, orang di seluruh dunia akan mendengarkannya,” tambahnya lagi.

Sektor perikanan telah dilanda oleh pendedahan penggunaan pekerja buruh hamba dan pengeksploitasian meluas para pekerja.

Skandal-skandal itu telah mencetuskan ancaman sekatan oleh Kesatuan Eropah iaitu pasaran penting bagi industri makanan laut Thailand yang bernilai berbilion-bilion dolar.