Suu Kyi ikrar kesatuan demokrasi

Suu Kyi ikrar kesatuan demokrasi

YANGON, 18 April (AFP) – Aung San Suu Kyi dari Myanmar hari ini berikrar akan mendesak bagi autonomi lebih besar bagi minoriti etnik negara itu, dalam langkah awal untuk menenangkan pemberontakan yang mencengkam negara selepas partinya mengambil alih pucuk pimpinan.

Negara itu dalam suasana optimis bagi masa depan yang lebih aman dan makmur sejak Liga Kebangsaan Demokrasi (NLD) mengambil alih kuasa dari ketenteraan pada 1 April.

Tetapi tokoh demokrasi itu memberi amaran tentang paksi prospek Myanmar menamatkan konflik etnik yang telah mencengkam negara itu sejak kemerdekaannya pada tahun 1948. Untuk berbuat demikian, kerajaan NLD, akan berusaha meraih ‘kesatuan demokrasi persekutuan sebenar’, kata beliau dalam ucapan yang disiarkan di televisyen sempena Tahun Baru Mynamar.

“Kesatuan aman dan demokrasi persekutuan dengan rapat terjalin dan sebab itu kita perlu untuk mengubah perlembagaan. Perkara paling penting ialah perdamaian kebangsaan.”

Itu adalah ulasan utama pertama Suu Kyi sebagai ‘Kaunselor Negara’ – peranan yang beliau ambil ekoran penyerahan dari tentera yang mendominasi negara selama 50 tahun. Piagam pada masa ini, yang digubal oleh pihak tentera dalam tahun 2008, telah memusatkan kuasa.

Bekas junta, sebahagiannya mewajarkan kawalan ketatnya ke atas negara itu dengan kebimbangan bahawa perpecahan etnik akan menjejaskan negara.

ARTIKEL YANG SAMA