Suu Kyi seru p’raya bebas dan adil

Suu Kyi seru p’raya bebas dan adil

YANGON, 8 Sept – Ketua pembangkang Myanmar, Aung San Suu Kyi melancarkan kempennya hari ini bagi pilihan raya umum bebas pertamanya sejak tamat pemerintahan tentera, mengatakan ia adalah peristiwa penting dan meminta masyarakat antarabangsa memantau keputusannya.

Dalam mesej menerusi video yang diletakkan dalam laman Facebook Liga Kebangsaan bagi Demokrasi (NLD), pemenang Nobel, Suu Kyi berkata pilihan raya pada 8 November seharusnya bebas dan adil, tetapi “apa yang lebih penting” adalah tempoh peralihan yang menyusul.

NLD dijangka akan memenangi pilihan raya, yang menandakan perubahan besar dalam arena politik Myanmar, dengan memberikan platform kepada aktivis demokratik yang diasingkan daripada kehidupan umum dalam masa hampir setengah dekad pemerintahan ketat tentera yang berakhir pada 2011.

NLD memenangi pilihan raya pada 1990 dengan kemenangan besar tetapi junta itu tidak mengiktiraf keputusan tersebut.

“Buat kali pertama dalam masa beberapa dekad, rakyat kami akan mempunyai peluang sebenar melakarkan perubahan. Ini adalah peluang yang tidak boleh dilepaskan,” kata Suu Kyi.

Seorang ahli NLD melekatkan stiker di hadapan sebuah rumah pengundi ketika parti itu giat berkempen bagi pilihan raya umum 8 November depan, di Yangon. –Reuters
Seorang ahli NLD melekatkan stiker di hadapan sebuah rumah pengundi ketika parti itu giat berkempen bagi pilihan raya umum 8 November depan, di Yangon. –Reuters

“Peraliahn yang lancar dan tenteram adalah lebih penting berbanding pilihan raya bebas dan adil,” kata Suu Kyi, mengenakan pakaian hijau tradisi Burma dengan skarf merah jambu.

Kempen bermula kurang dari sebulan selepas pesaing presiden utama dan pesaing Presiden Thein Sein, speaker parlimen, Shwe Mann, diketepikan sebagai ketua parti yang memerintah dalam rombakan dramatik pertubuhan politik.

Hubungan rapat Shwe Mann dengan Suu Kyi dilihat penuh keraguan oleh tentera.

Penyingkirannya mencetuskan kembimbangan bahawa kerajaan Thein Sein dan sekutunya akan menentang sebarang percubaan untuk mengetepikan mereka dari kuasa walaupun pembangkang menang besar.

“Tolong kami dengan memantau apa yang berlaku sebelum pilihan raya, ketika pilihan raya, dan lebih penting, selepas pilihan raya,” kata Suu Kyi, dalam rayuan kepada dunia luar.

Perlembagaan menghalang Suu Kyi dari menjadi presiden, walaupun NLD memenangi majoriti, dan ia juga memberikan tentera veto ke atas perubahan perlembagaan. – Reuters