Suu Kyi tumpu kemenangan p’raya

Suu Kyi tumpu kemenangan p’raya

YANGON, 21 Jun (AFP) – Pemimpin pembangkang Myanmar, Aung San Suu Kyi menyeru partinya hari ini untuk menekan bagi kemenangan besar semasa pilihan raya penting yang dijangka tahun ini ketika dia meraikan ulang tahunnya bersama para penyokongnya.

Komen itu muncul selepas pemenang anugerah Nobel itu – yang menyambut hari lahirnya ke-70 pada Jumaat lalu – dengan memotong kek ulang tahun di samping rakan Liga Demokrasi Kebangsaan (NLD) semasa perayaan rasmi di sebuah restoran terkenal yang menjadi tempat pertemuan penentang.

Myanmar dijangka akan mengadakan pilihan raya negara pertamanya dalam suku abad pada Oktober atau November dengan ramai yang menjangkakan NLD Suu Kyi menang besar jika undian itu dijalankan dengan bebas dan adil. “Kami Liga Demokrasi Kebangsaan perlu memiliki kemenangan besar dalam pilihan raya itu nanti,” ujarnya kepada para penyokong.

“Apa saja yang kita terus lakukan, dengan sokongan orang ramai dan kehendak yang kuat anggota parti, kita pasti akan berjaya,” tambahnya.

Pemimpin pembangkang Myanmar, Aung San Suu Kyi memotong kek hari lahirnya ke-70 tahun semasa pertemuan bersama partinya di Yangon. – AFP
Pemimpin pembangkang Myanmar, Aung San Suu Kyi memotong kek hari lahirnya ke-70 tahun semasa pertemuan bersama partinya di Yangon. – AFP

ARTIKEL YANG SAMA