SUV Fiat 500X tampil dengan gaya tersendiri

SUV Fiat 500X tampil dengan gaya tersendiri

SEBAGAI satu pilihan tersendiri dalam kalangan pasaran SUV yang begitu luas, Fiat 500X 2016 tampil lebih besar dengan versi yang lebih tinggi berbanding kereta damit ikonik Itali 500 yang lain dan ia adalah kereta pertama Fiat yang didatangkan dengan pacuan semua roda.

SUV 500x sepanjang 14 kaki itu kelihatan comel berbanding SUV kompak arus perdana dan salah satu daripada beberapa kenderaan seumpamanya yang boleh didapati dengan transmisi manual. Di samping itu, enjin empat silinder turbocharged 500X ini menyediakan lebih kuasa kuda dan tork berbanding pesaing empat silinder bukan turbo.

Walau bagaimanapun, Fiat 500X tidak didatangkan dengan peralatan standard, sekali gus mencetuskan membimbangkan ramai penggemar SUV kerana ciri-ciri standard seperti sambungan telefon bebas tangan Bluetooth, kamera pandangan belakang dan ruang kargo yang luas adalah satu keperluan.

Model 500X Pop ini mampu milik dengan harga runcit berpatutan bermula dari AS$20,995 untuk model asas, manual, pacuan roda depan dengan 160 kuasa kuda.

Harga model Easy pacuan roda depan dengan transmisi automatik sembilan kelajuan dengan 180 kuasa kuda enjin empat silinder turbocharged bersama Bluetooth meningkat kepada AS$22,595. Kamera pandang belakang masih lagi bukan ciri standard pada model ini tetapi sebahagian daripada pakej pilihan.

Gambar serahan Chrysler Automobiles menunjukkan Fiat 500X Trekking Plus 2016 yang mampu memberikan saingan kepada kenderaan dalam kelasnya. – AP
Gambar serahan Chrysler Automobiles menunjukkan Fiat 500X Trekking Plus 2016 yang mampu memberikan saingan kepada kenderaan dalam kelasnya. – AP
 Ruang dalaman 500X juga menarik.
Ruang dalaman 500X juga menarik.

Bagi pembeli yang inginkan model pacuan semua roda, harga meningkat kepada sekurang-kurangnya AS$25,630 dengan enjin 2.4 liter, turbo empat silinder dipadankan dengan transmisi automatik sembilan kelajuan.

Kemampuan jatuh apabila seseorang pembeli menambah ‘sunroof’ atau ciri keselamatan lain seperti amaran bertukar lorong dan sistem amaran perlanggaran hadapan. Ujian 500X di Trekking Plus tanpa, dan dengan pacuan roda depan, kerusi disaluti kulit, ‘sunroof’, kamera sandaran dan tempat duduk pemandu kuasa juga mencecah sehingga AS$33,000.

Pelbagai SUV kecil dengan platform seperti kereta, binaan ‘unibody’ dan ketinggian badan yang baik dari tanah bersaing dengan Fiat baru ini adalah Honda HR-V 2017 dan Mazda CX-3 2016. Kedua-dua kenderaan ini lebih panjang sedikit berbanding 500X.

SUV 500X mempunyai ruang kargo sebanyak 32.1 kaki padu apabila tempat duduk belakang dilipat ke bawah, kurang daripada 55.8 dan 44.5 kaki padu berbanding HR-V dan CX-3. Tambahan pula, lantai kargo 500X tidak benar-benar rata. Ruangan kaki seluas 34.6 inci untuk penumpang belakang dan ruang atas kepala hanya 37.8 inci, kurang daripada apa yang ada pada HR-V.

Enjin 2.4 liter empat silinder dengan turbocharged 500X dipadankan dengan transmisi automatik sembilan kelajuan.
Enjin 2.4 liter empat silinder dengan turbocharged 500X dipadankan dengan transmisi automatik sembilan kelajuan.

Malangnya, ujian 500X dengan pacuan roda depan purata penggunaan bahan api kurang daripada 23 batu segelen di kebanyakannya lalu lintas bandar berbanding anggaran kerajaan persekutuan 25 batu segelen untuk gabungan pemanduan bandar dan lebuh raya. Angka ini jauh meleset daripada anggaran kerajaan persekutuan untuk beberapa SUV kecil yang lain termasuk HR-V dan CX-3.

Tetapi kuasa turbo masih menjadikan 500X sebagai kenderaan pilihan muda-mudi berbanding Honda atau Mazda kerana ia mampu memberikan 175 kaki pound tork pada 3,900 rpm.

Dalam ujian kenderaan, enjin 500X mudah didengar semasa pecutan dengan bunyi jalan dan angin masih mengganggu sehingga pada masa-masa tertentu perlu memasang radio untuk mengatasinya. Penumpang juga merasa merasa melambung jika jalan tidak berapa rata.

Walaupun 500X lebih luas berbanding HR-V dan CX-3 tetapi SUV Fiat ini masih boleh dikendalikan dengan mudah di tempat-tempat letak kereta, tetapi yang pasti, tiada siapa yang keliru dengan 500X gaya Itali dengan Mazda, Honda atau mana-mana model lain.

SUV 500X adalah di antara lebih daripada 412,000 kenderaan yang ditarik balik pada musim panas tahun lalu kerana masalah pendawaian menjejaskan kawalan elektronik transmisi automatik sembilan kelajuan dan menyebabkan kawalan secara rawak beralih ke neutral, sekali gus meningkatkan peluang kemalangan. – AP

ARTIKEL YANG SAMA