Suzuki lancar Vitara serba baru

Suzuki lancar Vitara serba baru

Oleh Yusrin Junaidi

BANDAR SERI BEGAWAN, 29 Mei – Pengedar tunggal kereta jenama Suzuki, Boustead Sdn Bhd, semalam melancarkan Suzuki Vitara serba baru yang diubahsuai dan padat dengan teknologi terkini.

Hadir melancarkan kereta itu di Bilik Pameran Boustead ialah Pengarah Urusan Boustead Sdn Bhd, Dato Lim Beng Thai dan tetamu kehormat, Haji Azman Latif bin Haji Abdul Aziz. Pada majlis itu juga, Dato Lim Beng Thai menyampaikan hadiah sagu hati kepada dua orang pelanggan pertama yang membeli Suzuki Vitara baru itu.

Suzuki Vitara baru ini didatangkan dalam tiga model iaitu GL+, GLX 2WD, GLX 4WD dan sesuai untuk segenap lapisan usia. Rekaan barunya yang lebih kepada kenderaan SUV tampak lasak, elegan, bergaya yang pastinya menambat hati peminat setia kereta itu.

Dengan enjin 1.6 liter dan transmisi enam kelajuan automatik, ia cukup memberikan kuasa tujahan untuk perjalanan di bandar dan perjalanan jauh.

Suzuki Vitara yang lebih bergaya dan sportif.
Suzuki Vitara yang lebih bergaya dan sportif.

pg08_160530_b

Manakala itu, seperti sedia kala, Suzuki turut mementingkan keselamatan dengan ciri-ciri keselamatan ampuh seperti tujuh beg udara, Kawalan Kestabilan Elektronik (ESP), ABS, EBD, BA, HAS dan punat Start, kawalan dan banyak lagi.

Bagi melihat sendiri kehebatan Suzuki Vitara serba baru dan menguji kepantasannya, orang ramai bolehlah mengunjungi Bilik Pameran Boustead di Beribi.

ARTIKEL YANG SAMA