SVNR mulakan orientasi bagi pelajar baru

SVNR mulakan orientasi bagi pelajar baru

BANDAR SERI BEGAWAN, 3 Ogos – Seramai 322 pelajar baru yang mendaftar bagi pengambilan Julai 2015 di Kampus Sekolah Vokasional Nakhoda Ragam (SVNR), Institut Pendidikan Teknikal Brunei (IBTE) telah mengikuti Majlis Orientasi, di Dewan Serba guna, SVNR, hari ini.

Hadir selaku tetamu kehormat di majlis itu ialah Pengetua SNVR, Pengiran Hajah Hamidah binti Pengiran Haji Hidup.

Majlis bermula dengan bacaan Surah Al-Fatihah dan doa yang dibacakan oleh Awang Jefri bin Haji Ali dan diikuti dengan taklimat kesihatan dan keselamatan serta Ikrar Pelajar daripada pelajar baru.

Antara program yang disediakan bagi pengambilan baru adalah, Diploma dalam Geomatik, Diploma dalam Reka Bentuk Dalaman dan Diploma dalam Perancang dan Pembangunan; HNTEC dalam Kejuruteraan Elektrik; Sijil Kemahiran 2 dalam Kemahiran Pembinaan, Sijil Kemahiran 2 dalam Teknologi Perhubungan, dan Sijil Kemahiran 2 dalam Ilmu Persolekan.

Pengetua SVNR (3 kanan) bersama para tetamu yang lain hadir di majlis itu.
Pengetua SVNR (3 kanan) bersama para tetamu yang lain hadir di majlis itu.

Sementara itu, terdapat dua kursus baru yang disediakan bagi pengambilan baru iaitu HNTEC (Sijil Pendidikan Teknikal Kebangsaan Tertinggi) dalam Kejuruteraan Pembinaan dan NTEC (Sijil Pendidikan Teknikal Kebangsaan) dalam Teknologi Elektrik.

Majlis kemudian diakhiri dengan taklimat ringkas yang disampaikan bersama oleh Pemangku Pendidikan, Dayang Arfah binti Haji Jamil dan Pendaftar, Haji Zulkifli bin Haji Abdul Samad, serta sesi soal jawab antara ibu bapa/penjaga dan Pihak Pentadbiran.

ARTIKEL YANG SAMA