SVSB berhari raya bersama warga sekolah

SVSB berhari raya bersama warga sekolah

Oleh Hajah Saemah Kepli

SERIA, 12 Ogos – Institut Pendidikan Teknikal Brunei (IBTE) Sekolah Vokasional Sultan Bolkiah (SVSB) turut mengadakan Sambutan Hari Raya Aidilfitri hari ini yang dimeriahkan dengan pelbagai persembahan melibatkan para pelajar daripada beberapa buah jabatan sekolah tersebut.

Hadir selaku tetamu kehormat di majlis yang berlangsung di Dewan Serba guna SVSB itu ialah Pengetua IBTE SVSB, Awang Akandi bin Abdul Razak.

Majlis yang bertujuan untuk mengeratkan lagi hubungan silaturahim antara guru-guru dan para pelajar di institut tersebut juga merupakan salah satu acara tahunan, dengan menampilkan beberapa persembahan berbentuk tema Sambutan Aidilfitri daripada para pelajar Jabatan Perdagangan dan Komersial, Jabatan Teknologi Maklumat, Jabatan Tenaga dan Jabatan Mekanikal.

Selain itu, ia juga diteruskan dengan penyampaian cenderahati penghargaan kepada bekas tenaga-tenaga pengajar dan kakitangan sekolah itu, antaranya Awang Sufrie bin Haji Muhamad, Haji Yahya bin Haji Sirat, Haji Suhaili bin Haji Kula dan Dayang Rosenah binti Haji Awang Besar yang disempurnakan oleh tetamu kehormat.

Majlis kemudian dimeriahkan lagi dengan penyampaian anugerah-anugerah bagi persembahan dan dekorasi terbaik serta acara sesi beramah mesra antara para pelajar, kakitangan dan tenaga-tenaga pengajar IBTE SVSB.

Salah satu persembahan daripada pelajar IBTE SVSB di Majlis Sambutan Hari Raya Aidilfitri.
Salah satu persembahan daripada pelajar IBTE SVSB di Majlis Sambutan Hari Raya Aidilfitri.
Antara mereka yang hadir di Majlis Sambutan Hari Raya Aidilfitri di IBTE SVSB Seria kelmarin.
Antara mereka yang hadir di Majlis Sambutan Hari Raya Aidilfitri di IBTE SVSB Seria kelmarin.

ARTIKEL YANG SAMA