S’wak catat pelaburan RM11.8 bilion 2015

S’wak catat pelaburan RM11.8 bilion 2015

KUCHING, 13 April – Sarawak mencatatkan pelaburan modal berjumlah RM11.8 bilion pada tahun lepas, kata Timbalan Menteri Perdagangan Antarabangsa dan Industri Datuk Ahmad Maslan. Beliau berkata jumlah itu menunjukkan peningkatan berbanding RM6.8 bilion pada tahun 2013 dan RM8.4 billion bagi tahun berikutnya.

“Bagi tahun ini MIDA (Lembaga Pembangunan Pelaburan Malaysia) menjangka kemungkinan jumlah pelaburan akan terus meningkat.”

Beliau berkata peningkatan jumlah pelaburan yang berlaku adalah disebabkan tiga faktor iaitu kestabilan politik yang baik di negeri itu, tenaga pekerja yang banyak selain peluang pelaburan yang baik. – Bernama