S’wak perlu turunkan kadar kemalangan

S’wak perlu turunkan kadar kemalangan

SIBU, 25 Mei – Pesuruhjaya Polis Negeri Sarawak yang baharu Datuk Mazlan Mansor berazam mahu mengurangkan jumlah kemalangan jalan raya di negeri ini yang menunjukkan trend peningkatan. Menurut beliau, pendekatan secara penguatkuasaan penuh melibatkan tindakan undang-undang serta-merta akan dikenakan terhadap pengguna jalan raya yang degil di dalam mematuhi peraturan jalan raya.

Katanya, dalam tempoh empat bulan pertama tahun ini, Sarawak menyaksikan 6,452 kes kemalangan jalan raya berbanding 5,977 kes bagi tempoh sama tahun lalu, iaitu peningkatan sebanyak 475 kes atau 7.95 peratus.

Jumlah kemalangan jalan raya semasa Op Selamat sempena perayaan Gawai juga meningkat sebanyak 63 kes (10.8 peratus) iaitu daripada 582 kes dengan 15 kematian pada 2014 kepada 645 kes dengan 17 kematian tahun lepas. – Bernama