S’wak sedia hadapi banjir

S’wak sedia hadapi banjir

KUCHING, 24 Dis (Bernama) – Kira-kira 1,000 anggota serta sukarelawan Jabatan Pertahanan Awam Malaysia (JPAM) Sarawak bersedia digerakkan dalam tempoh tiga hingga empat jam pertama jika banjir teruk melanda negeri itu.

Pengarahnya Kol. (PA) Mohtar Samat berkata semua anggota serta sukarelawan JPAM Sarawak dari Kuching hingga ke Limbang sudah menerima latihan persediaan menghadapi banjir dan bencana yang dijalankan pada November lalu.

“Mereka sudah menerima latihan menghadapi sebarang kemungkinan bencana di negeri ini. Daripada segi kelengkapan, kita juga telah bersedia,” katanya kepada Bernama hari ini.

Mohtar berkata JPAM Sarawak yang turut menganggotai Jawatankuasa Pengurusan Bencana Negeri (JPBN) akan bekerjasama dengan agensi berkaitan seperti bomba, polis dan juga Residen seluruh negeri agar sebarang bentuk bantuan semasa bencana dapat dipermudahkan.

ARTIKEL YANG SAMA