S’wak yakin dapat tingkatkan kedatangan pelancong China

S’wak yakin dapat tingkatkan kedatangan pelancong China

BEIJING, 20 Mei (Bernama) – Sarawak yakin dapat menggandakan kedatangan pelancong China tahun ini kepada 20 peratus dengan penambahbaikan kemudahan pelancongan dan perkhidmatan penerbangan penghubung yang bakal dilancarkan tidak lama lagi antara Hong Kong dan Kuching.

Pengurus Pemasaran Lembaga Pelancongan Sarawak (STB) (Asia Utara) Catherine Lau berkata perkhidmatan penerbangan penghubung dua kali seminggu itu akan bermula pada 28 Mei.