Swansea buka mata lawan

Swansea buka mata lawan

LONDON, 31 Ogos (Reuters) – Swansea City mula digeruni dalam Liga Perdana Inggeris apabila mengekalkan rekod tanpa kalah bangkit daripada ketinggalan menewaskan Manchester United 2-1, kata pengurus Garry Monk.

Ia adalah kejayaan ketiga berturut turut Swansea mengatasi Red Devils sekali gus melebarkan rekod permulaan cemerlang selepas seri perlawanan pertama menentang juara bertahan Chelsea.

“Kami sebuah pasukan bagus,” kata Monk kepada Sky Sports. “Kami satu kuasa dalam liga apabila bermain dan mampu mempamerkan permainan bola sepak yang sukar dipercayai.”

Kelab Wales itu melonjak ke EPL dan mengesahkan status selaku pasukan liga utama di bawah pengurusan Brendan Rodgers dan Michael Laudrup.

Swansea menjulang Piala Liga pada 2013 tetapi Laudrup kemudian dipecat dan digantikan oleh Monk yang dianggap cetek pengalaman pada 2014.