Swansea pecat pengurus

Swansea pecat pengurus

LONDON, 10 Dis – Garry Monk tidak sempat meraikan Hari Krismas bersama pasukannya selepas dipecat daripada jawatannya sebagai pengurus Swansea City, umum kelab itu pada Rabu.

“Keputusan ini diambil dengan hati yang berat dan sukar,” kata Pengerusi kelab berkenaan, Huw Jenkins dalam kenyataan yang disiarkan menerusi laman web kelab.

Monk, 36, berjaya membawa kelab Swansea selesai di tempat kelapan musim lalu, tetapi tahun ini mereka belum lagi menemui rentak yang agak menarik seperti tahun lepas.

Namun akibat kegagalan mengekalkan prestasi yang menyaksikan pasukannya hanya memenangi satu dari 11 aksi menyaksikan dia terpaksa menerima hukuman pemecatan itu.

Swansea kini hanya satu mata dari zon penyingkiran daripada Liga Perdana Inggeris. – AFP