Swansea sambar penjaga gol Australia

Swansea sambar penjaga gol Australia

LONDON, 19 Julai – Swansea City menandatangani kontrak dengan penjaga gol antarabangsa Australia, Mark Birighitti semalam sekali gus menjadi penjaga gol keempat di kelab Liga Perdana (PL) musim ini.

Penjaga gol berusia 25 tahun itu yang baru memiliki satu penampilan bersama Australia, melengkapkan kontrak dua tahun selepas meninggalkan kelab Liga A Australia, Newcastle Jets.

Dia akan bersaing bagi mendapatkan tempat selaku penjaga gol utama bersama tiga lagi pemain: penjaga gol antarabangsa Poland, Lukasz Fabianski, Kristoffer Nordfeldt dan Gerhard Tremmel.

Birighitti sebelum ini pernah bermain di bawah kendalian seorang daripada pembantu kepada pengurus di Swansea, Francesco Guidolin iaitu Gabriele Ambrosetti di Itali.

“Saya pernah bekerja dengan Gabriele di Itali bersama Varese, di mana dia akan pengarah sukan kelab itu,” kata Birighitti dalam laman web Swansea.

Mark Birighitti akan mempertahankan gawang Swansea City untuk Liga Perdana musim ini. – AFP
Mark Birighitti akan mempertahankan gawang Swansea City untuk Liga Perdana musim ini. – AFP

“Dia adalah orang yang menakjubkan dan saya teruja untuk bekerja bersamanya sekalu lagi. Sebelum datang ke sini, saya tahu akan ada banyak saingan di dalam kelab ini.

“Namun perancangan saya ialah mengambil bahagian setiap sesi latihan yang melakukan dan cuba untuk menjadi lebih baik daripada mereka.

“Saya perlu memastikan apabila peluang muncul, saya akan mengambilnya dengan hati terbuka dan tidak akan memandang ke belakang,” katanya.

Birighitti berada dalam kesebelasan terbaik Liga A musim lalu. – AFP