Swansea terus hantui United

Swansea terus hantui United

LONDON, 31 Ogos (AFP) – Swansea City semalam menewaskan Manchester United 2-1 dalam pertemuan ketiga berturut–turut, sekali gus menjejaskan pasukan Louis van Gaal yang belum pernah tewas dalam musim Liga Perdana.

United berada di depan menerusi jaringan Juan Mata pada awal separuh masa kedua di Stadium Liberty, tetapi Andrew Ayew menyamakan kedudukan pada minit ke-61 dan kemudian memberikan umpanan untuk gol Bafetimbi Gomis bagi gol kemenangan lima minit kemudian.

Van Gaal tewas 2-1 di tempat sendiri kepada Swansea dalam perlawanan pertamanya sebagai pengurus United musim lalu dan juga menyaksikan pasukannya tewas dengan jaringan sama dalam perlawanan timbal balik

Pengurus dari Belanda itu memberikan lebih banyak alasan untuk mengkritik pasukan Garry Monk bagi perlawanan ke-50 kendaliannya dalam persaingan bola sepak Inggeris.

“Pasukan lawan menukar rentak permainan dan kami tidak dapat menanganinya. Itu tidak bagus,” pengurus United memberitahu Sky Sports.

Bafetimbi Gomis menjaringkan gol semasa menentang Man United di Stadium Liberty semalam. – Reuters
Bafetimbi Gomis menjaringkan gol semasa menentang Man United di Stadium Liberty semalam. – Reuters

“Kami tewas dalam lima minit dan ia mengecewakan kerana kami yang menguasai permainan. Anda perlu kompak. Kami terlalu dominan untuk melakukannya.”

Swansea melonjak ke tangga keempat, satu mata di atas United dan empat mata di bawah pendahulu Manchester City, setelah memulakan kempen dengan empat perlawanan tanpa kalah buat kali pertama dalam sejarah mereka.

“Kami menikmatinya,” kata Monk. “Pada 20 minit pertama United bermula dengan baik, tetapi separuh masa kedua kami pula beraksi dengan luar biasa.

“Pemain begitu berani hari ini dan kami begitu klinikal apabila perlu. Kami melakukan formasi berlian pada separuh masa kedua dan ia amat membantu kami. Kami adalah kuasa dalam liga ini.”

Dengan Morgan Schneiderlin dan Bastian Schweinsteiger berada dalam pasukan dan memulakan kemenangan 4-0 Rabu lalu dalam play-off Liga Juara–Juara ke atas Club Brugge memanaskan bangku simpanan, United bermula dengan tersusun, tetapi Swansea menguasai pertengahan separuh masa pertama.

ARTIKEL YANG SAMA