Swaziland minat guna pendekatan BOS

Swaziland minat guna pendekatan BOS

PUTRAJAYA, 18 Ogos – Swaziland berminat untuk menggunakan pendekatan Strategi Lautan Biru (BOS) Malaysia untuk terus memacu ekonominya, kata Setiausaha Agung Komanwel Patricia Scotland.

Beliau berkata perkara itu dibangkitkan hari ini semasa mesyuarat dua hala dengan Raja Swaziland, Raja Mswati III di luar Persidangan Dwitahunan Pertubuhan Komanwel bagi Pentadbiran Awam dan Pengurusan (CAPAM) 2016 yang diadakan di sini.

“Kami berbincang mengenai matlamat pembangunan mampan, tentang bagaimana kami dapat bekerjasama (untuk mencapainya).

“Kami turut berbincang mengenai ekonomi lautan biru yang digalakkan di sini (di Malaysia) dan bagaimana kami boleh bekerjasama mengenai perkara ini,” katanya kepada Bernama hari ini.

Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak bersama Raja Swaziland King Mswati III melintasi pameran Petronas selepas majlis perasmian Pertubuhan Komanwel bagi Pentadbiran Awam dan Pengurusan (CAPAM) di Pusat Konvensyen Antarabangsa Putrajaya semalam. – Bernama
Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak bersama Raja Swaziland King Mswati III melintasi pameran Petronas selepas majlis perasmian Pertubuhan Komanwel bagi Pentadbiran Awam dan Pengurusan (CAPAM) di Pusat Konvensyen Antarabangsa Putrajaya semalam. – Bernama

Pada akhir Persidangan Antarabangsa yang julung kali diadakan mengenai BOS semalam, Malaysia juga telah diberi pujian bagi pelbagai inisiatif yang dilaksanakan di bawah BOS.

Pada acara selama tiga hari itu, para pemimpin menghadiri persidangan tersebut, termasuk Raja Mswati III, yang memuji Malaysia kerana berkongsi rahsia kejayaan dengan negara lain melalui BOS.

Swaziland, sebuah negara kecil di selatan Afrika, mempunyai ekonomi yang pelbagai terdiri daripada sektor pertanian, perhutanan dan perlombongan, selain pembuatan dan perkhidmatan sebagai penyumbang utama kepada dana simpanan negaranya. – Bernama

ARTIKEL YANG SAMA