Sweden gugurkan tiga kes Assange

Sweden gugurkan tiga kes Assange

STOCKHOLM, 14 Ogos (dpa) – Pendakwa raya Sweden semalam menggugurkan penyiasatan mereka ke atas tiga kes serangan seksual oleh pengasas Wiki-Leaks, Julian Assange, sambil menegaskan bahawa siasatan ke atas kes rogol masih diteruskan.

Siasatan awal ke atas kes rogol akan diteruskan kerana statut pengehadan kes berjalan sehingga Ogos 2020, kata Pengarah Pendakwaan Awam, Marianne Ny.

Tiga kes yang digugurkan, menjejaskan lima tahun pengehadan statut, adalah berkaitan insiden yang semuanya dikategorikan sebagai tidak bertepatan serta tidak relevan dengan kes, kata Ny.

“Saya juga berasa kesal kerana pihak kami tidak berupaya untuk melakukan temu ramah dengan suspek,” katanya.

Assange, yang menafikan sebarang salah laku, berkata beliau “amat kecewa” dengan keputusan untuk meneruskan penyiasatan kes rogol.

Pengasas Wikileaks, Julian Assange. – AFP
Pengasas Wikileaks, Julian Assange. – AFP

“Saya seorang yang tidak bersalah,” katanya. “Malah saya pun belum dikenakan dakwaan.”

Pendakwa raya Sweden mengeluarkan waran rangkap ke atas Assange pada 2010 selepas dua wanita menuduhnya melalukan serangan seksual.

Warga Australia berusia 44 tahun itu melarikan diri pada Jun 2012 ke Kedutaan Ecuador di London selepas kalah dalam kes di Britain bagi menentang ekstradisinya ke Sweden.

ARTIKEL YANG SAMA